Malaysia Dateline

Salahuddin berdepan empat penjuru dalam saingan pertahan kerusi Simpang Jeram

Timbalan Presiden AMANAH, Datuk Seri Salahuddin Ayub bertanding mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Simpang Jeram yang dimenanginya pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) yang lalu.

Beliau dicabar tiga lagi calon lain yang turut bertanding di kerusi tersebut.

Salahuddin yang mewakili calon Pakatan Harapan (PH) berdepan dengan calon dari Barisan Nasional (BN) Datuk Lokman Md Don, Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) Mahaizal Mahmor dan calon Perikatan Nasional iaitu Zarul @ Mohamad Zahrul Salleh.

Salahuddin berdepan empat penjuru dalam saingan pertahan kerusi Simpang Jeram

Pada PRU-14 lalu, Salahuddin memenangi kerusi DUN Simpang Jeram dengan majoriti 7,687 menewaskan tiga pencabar lain.

Menurut data Suruhanjaya Pilihan Raya(SPR) Malaysia yang dikemas kini setakat 21 Januari lalu, DUN Simpang Jeram mempunyai 40,014 pengundi.