Malaysia Dateline

Salahuddin buang undi di SK Serkat

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Salahuddin Ayub menunaikan kewajipan keluar mengundi di Sekolah Kebangsaan Serkat menjelang tengah hari tadi.

Timbalan Presiden AMANAH itu yang membuang undi di saluran dua kemudiannya berswafoto dengan petugas SPR yang ingin merakamkan gambar dengan pemimpin berkenaan.

Terdahulu, beliau bersalaman dan berbual seketika dengan Ketua Umno Bahagian Tanjung Piai, Jefridin Atan.

Sejurus selesai membuang undi, Salahuddin beramah mesra dengan penduduk tempatan di Kedai Runcit Uda Trading bersebelahan SK Serkat.

Calon PH di Parlimen P165 Tanjung Piai ialah Karmaine Sardini.

Beliau dicabar calon BN, Datuk Seri Dr Wee Jeck Seng, Wendy Subramaniam (Gerakan), Datuk Dr Badhrulhisham Abdul Aziz (Berjasa) serta dua calon Bebas, Dr Ang Chuan Lock dan Faridah Aryani Abd Ghaffar.