Salahuddin diumum bertanding 4 penjuru

 

Salahuddin Ayub (dua dari kanan) bersama-sama calon PH N47 Dun Kempas, Datuk Osman Sapian (kanan) dan calon PH N46 Dun Perling, Cheo Yee How (tiga dari kanan).

Timbalan Presiden Haji Salahuddin Ayub diumumkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebagai calon yang mewakili Pakatan Harapan (PH) di Parlimen P161 Pulai.

Salahuddin akan dicabar oleh calon Barisan Nasional (BN), Datuk Nur Jazlan Mohamad, calon Pas Dr. Mohd Mazri Yahya dan Bebas Yap Keng Tak.

Menurut Salahuddin, beliau yakin rakyat sudah mulai faham mengenai politik yang berlaku di negara ini.

“Rakyat tahu pertembungan ini hanya membabitkan dua parti sahaja yakni BN dan PH. Manakala selain daripada itu mereka hanya pengacau.

“Tujuan parti lain masuk bertanding adalah untuk memecahkan undi sahaja dan mereka bukan mahu menang,” ujar beliau.

Salahuddin juga menyatakan rasa terujanya bila beliau melihat kehadiran penyokong yang menyambut untuk penamaan calon kali ini.

“Suasananya sedikit berlainan. Sewaktu saya bertanding dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) yang lalu, saya tidak lihat pelbagai kaum dapar bersama, namun untuk kali ini suasananya berbeza, semua kaum dapat bersama,” kata Salahuddin Ayub pada hari penamaan calon semalam.

Pada PRU13 yang lalu, Salahuddin yang menggunakan tiket Pas telah tewas kepada calon BN Nur Jazlan dengan majoriti 3,226 undi daripada 10,0490 pengundi berdaftar.

CATEGORIES