Malaysia Dateline

Salahuddin edar 1.7 tan ikan segar kepada penduduk Pulai

Ternyata kehidupan rakyat hari ini cukup terkesan dengan penularan wabak COVID-19 apatah lagi orang ramai terutama umat Islam pula sedang menjalani ibadah di bulan Ramadan, norma kehidupan ini sangat berbeza dengan sebelum ini.

Menyedari nasib rakyat ketika ini, Ahli Parlimen Pulai Datuk Seri Salahuddin Ayub turun membantu rakyat di parlimennya dengan mengedarkan ikan segar sebanyak 1.7 tan.

Beliau yang juga Timbalan Presiden AMANAH,  hadir bersama-sama petugas Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Pulai telah berkunjung antara lainnya ke Flat Jalan Camar dan PPRT Uda Utama.

Seramai lebih kurang 60 orang penerima telah mendapat bantuan bekalan ikan tersebut.

Antara yang menerimanya termasuklah golongan kanak-kanak OKU dan warga emas.

Ramadan tahun ini sudah tentu menjadi satu pengalaman berbeza untuk rakyat Malaysia yang berdepan dengan wabak COVID-19 dan tempoh PKP sehingga 12 Mei.

Datuk Seri Salahuddin Ayub turut mendoakan agar urusan penduduk setempat dipermudahkan sepanjang bulan Ramadan ini.

Salahuddin menghulurkan ikan segar kepada salah seorang warga emas di Parlimen Pulai.