Malaysia Dateline

  • Berita
  • Negeri
  • Rencana
  • Kolumnis
  • Antarabangsa
  • Pencerahan
  • DatelineTV
  • Sumbangan
  • Hubungi Kami
Malaysia Dateline
Salahuddin harap pendapatan nelayan terus bertambah

Salahuddin harap pendapatan nelayan terus bertambah

Oleh MALAYSIA DATELINEJanuary 5, 2020 9:30 pm




Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Salahuddin Ayub berharap pendapatan golongan nelayan akan terus bertambah susulan usaha pemerkasaan pasar nelayan.

Timbalan Presiden AMANAH itu berkata, pemerkasaan pasar nelayan merupakan satu inisiatif untuk rakyat agar mereka dapat membeli ikan yang segar dengan harga yang sangat berpatutan.

“Alhamdulillah, semoga pendapatan nelayan terus bertambah dengan pemerkasaan pasar nelayan ini.

“Insya-Allah, bilangan pasar nelayan ini akan kita tambah dari semasa ke semasa agar manfaatnya dapat dirasai oleh nelayan dan juga pengguna,” ujarnya dipetik dari Facebook rasmi beliau.

Terdapat 129 buah pasar nelayan di seluruh negara dengan anggaran kos pembinaan RM200,000 bagi setiap satu.

Pasar nelayan terbabit dilengkapi bekalan air, elektrik, meja jualan, ruang parkir dan kemudahan asas lain bagi memudahkan urusan jual beli antara nelayan dan pembeli.

 

malaysiadateline.com adalah portal berita percuma yang menyajikan naratif luhur untuk pembaca budiman.

Sumbangan anda adalah penting untuk kelangsungan portal ini. Sila klik butang ‘support us’ dan sumbangan anda adalah sangat dihargai.

 





widget-image
widget-image

Popular

Anwar dicadang buat petisyen kepada Agong, PM tiada majoriti

‘Pas ikut sunnah Trump, kalah pilihan raya tapi mahu jadi kerajaan’

RM35 juta mungkin dah boleh buat lebih 6 buah masjid, kata DAP

Husam potong elaun Senator bermula gaji Januari bantu frontliner

Pemuda Pas jelas tidak menghormati PKP

Terkini

Proklamasi Darurat, rakyat dan teori pusaran keheningan

PN guna duit cukai bayar iklan puji diri

Dr Dzul, Saifudin dan Loke wakil PH dalam JK Bebas nilai Darurat

AMK sambut baik pakej rangsangan Kita Selangor

Wajibkan ujian saringan sebelum mahasiswa pulang ke kampus

Malaysia Dateline
Terima Kasih kerana mengunjungi kami.
SEARCH SOMETHING
© 2017 Malaysia Dateline. All rights reserved. Designed by Media Oren Production