Salahuddin jawab isu harga sawit dan getah

Salahuddin Ayub berucap kepada hadirin dalam program penyerahan daging korban di Taman Melana Indah Perling Johor.

Bila berlaku kejatuhan harga minyak sawit dan getah, rata-rata komen yang berlegar menuduh bahawa perkara itu adalah di bawah tanggungjawab Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani.

Dari tohmahan dan komen tersebut, menterinya Datuk Haji Salahuddin Ayub menjawab dengan menjelaskan berkenaan perihal kementerian yang dijawat oleh beliau.

“Hakikatnya kementerian di bawah saya bukanlah yang menguruskan atau yang mengawal harga getah dan sawit.

“Saya akui terdapat banyak pihak yang menuding ke arah kementerian saya, namun peranan saya terhadap rakyat adalah pada skop kementerian yang telah ditetapkan pada saya.

“Peranan kementerian saya adalah untuk mengeluarkan hasil yang mencukupi dari segi pertanian kepada negara. Rakyat juga perlu tahu bahawa dalam soal harga terdapat tiga atau empat kementerian yang akan terbabit,” jelas Salahuddin.

Dalam program penyerahan daging korban di Taman Melana Indah Perling Johor itu, beliau turut menjawab soalan wartawan berkenaan dengan pengekspotan durian ke negara China.

“Permintaan sekarang adalah durian Musang King dan saya akan berusaha untuk mencari ruang yang lain terhadap durian-durian yang lain untuk diekspot.

“Yang paling penting adalah kita telah berjaya memasarkan durian ke negara luar. Sebelum ini kita tidak boleh membuat perkara sedemikian, namun kita perlu menjaga dari segi kualiti dan sebagainya,” jelas Salahuddin.

 

0.0
OVERALL SCORE
Have no any user vote