Malaysia Dateline

  • Berita
  • Negeri
  • Rencana
  • Kolumnis
  • Antarabangsa
  • Pencerahan
  • DatelineTV
  • Sumbangan
  • Hubungi Kami
Malaysia Dateline
Salahuddin kenang 15 tahun sambut raya tanpa baju baharu buat Isteri

Salahuddin kenang 15 tahun sambut raya tanpa baju baharu buat Isteri

SITI ZAWANI MISCONJune 4, 2019 8:05 pm




Berakhirnya bulan Ramadhan dan tibanya masa untuk menyambut hari raya Aidilfitri esok, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Salahuddin Ayub mengimbau kembali kenangan sayu yang sememangnya tidak dapat dilupakan.

Salahuddin meluahkan, hampir 15 tahun beliau tidak dapat membeli baju serba baharu terutama untuk isteri yang bersusah senang dengannya dahulu.

“Perkara yang saya takboleh lupakan adalah sewaktu mula mula saya mendirikan rumahtangga, tiada pekerjaan yang tetap dan hampir 15 tahun saya tidak dapat membeli baju baru khususnya untuk isteri.

“Isteri saya terpaksa belajar menjahit demi membantu kehidupan kami sekeluarga. Sekitar tahun 1998, baru lah saya berpeluang membelikan sehelai baju baharu untuk isteri.

“Itulah kehidupan yang saya tempuh bersama isteri dan setiap kali Syawal menjelma, kenangan itu sentiasa dalam ingatan kami,” katanya.

Namun, Salahuddin memberitahu lebaran kali ini merupakan satu kelainan buat dirinya sekeluarga setelah setahun memikul amanah sebagai menteri.

Beliau berharap, agar dimata keluarga, persepsinya sebagai suami, dan juga ayah kepada anak-anaknya tetap sama dan tidak berubah.

Dalam pada itu, beliau turut mengucapkan Selamat Hari Raya kepada warga Kementerian Pertanian dan seluruh umat Islam.

“Saya harap hubungan baik dan kerjasama ini dapat dikekalkan kerana kita harus percaya pada satu matlamat untuk kita berjuang di warga tani ini untuk kepentingan seluruh petani di luar sana,” katanya.

Tonton video di sini:

 

malaysiadateline.com adalah portal berita percuma yang menyajikan naratif luhur untuk pembaca budiman.

Sumbangan anda adalah penting untuk kelangsungan portal ini. Sila klik butang ‘support us’ dan sumbangan anda adalah sangat dihargai.

 





widget-image
widget-image

Popular

Darurat untuk selamatkan kerajaan yang sudah jatuh?

Ketika berebut makanan, mereka minta kotak untuk alas tidur

Selepas tindakan Nazri, kini terserah kepada Agong untuk tukar PM, kata peguam

Perintah darurat Muhyiddin kerana politik bukan tangani COVID-19, kata Najib

Negara lain juga darurat, tapi tak gantung fungsi Parlimen

Terkini

RM35 juta mungkin dah boleh buat lebih 6 buah masjid, kata DAP

Pelakon watak Atan & Atok uzur tidak mampu makan dan minum

Hotel Royale Chulan dijual lebih rendah

Harimau menangis: Interaksi alam dan ancaman kepupusan

Ahli politik sebenarnya tidak peduli apa pengundi mahu?

Malaysia Dateline
Terima Kasih kerana mengunjungi kami.
SEARCH SOMETHING
© 2017 Malaysia Dateline. All rights reserved. Designed by Media Oren Production