Salahuddin mahu pengkritik bertenang mengenai pelantikan Najib Asaddok

Salahuddin mahu pengkritik bertenang mengenai pelantikan Najib Asaddok

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Salahuddin Ayub meminta pengkritik memberikan peluang kepada Najib Asaddok mempertahankan kelayakannya selepas orang ramai mempertikaikan pelantikan “pakar pemasaran internet” itu ke Majlis Penasihat Pertanian Negara.

Majlis Penasihat Pertanian Negara ditubuhkan untuk membantu kerajaan meningkatkan tahap jaminan bekalan makanan negara dan eksport pertanian.

Menurut Salahuddin, beliau sudah menyampaikan kritikan orang ramai kepada Najib dan diberitahu dia itu akan mengeluarkan kenyataan berhubung perkara berbangkit dalam masa terdekat.

“Biarlah dia buat dulu kenyataan dan selepas itu barulah nanti saya akan memikirkan untuk membuat ulasan lanjut,” katanya pada sidang media di kementerian hari inilapor FMT.

Semalam Salahuddin mengumumkan pelantikan Najib, dan 3 anggota lain, iaitu Pengerusi Dagang NeXchange Bhd, Tan Sri Abdul Rahman Mamat; Pengarah Eksekutif Leong Hup International Sdn Bhd, Tan Sri Francis Lau Tuang Nguang; dan Pengarah Institut Kajian Dasar Makanan dan Pertanian di Universiti Putra Malaysia, Datin Fatimah Mohd Arshad.

Orang ramai bagaimanapun mempersoalkan kelayakan Najib, mendakwa “pakar pemasaran internet” itu berguru dengan pakar motivasi, Azizan Osman, yang terpalit kontroversi mengenai kelayakan akademiknya.

 

0.0
OVERALL SCORE
Have no any user vote
CATEGORIES
TAGS