Malaysia Dateline

Salahuddin santuni rakyat, hargai tugas getir barisan hadapan musim pandemik

Salahuddin menyampaikan sumbangan kepada warga Hospital Permai, Kempas.

Ahli Parlimen Pulai, Datuk Seri Salahuddin Ayub hari ini menyantuni asnaf dan menghulurkan sumbangan dalam usaha meringankan beban mereka yang terkesan dengan pandemik Covid-19.

Timbalan Presiden AMANAH itu bersama Pusat Khidmat Parlimen Pulai turun padang dalam program Teduhan Rahmah melibatkan Persatuan Kebajikan JB dan Infaq serta Kelab Kebajikan Seroja.

“Kita membantu membaik pulih rumah kediaman dan pembelian asas peralatan rumah,” kata bekas Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani itu.

Beliau turut sempat berkunjung meninjau pasukan barisan hadapan di Hospital Permai, Kempas tengahari tadi.

“Semoga mereka terus tabah memerangi Covid-19 yang masih melanda negara kita,” katanya lagi.

Salahuddin menyantuni rakyat di Pulai hari ini.