Malaysia Dateline

  • Berita
  • Negeri
  • Rencana
  • Kolumnis
  • Antarabangsa
  • Pencerahan
  • DatelineTV
  • Sumbangan
  • Hubungi Kami
Malaysia Dateline
Salahuddin tetap jadi pembela terbaik kepada ahli Peladang

Salahuddin tetap jadi pembela terbaik kepada ahli Peladang

ARIF ATANFebruary 13, 2020 4:14 pm




Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Salahuddin Ayub berkata, kepentingan ahli Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) yang kini berjumlah kira-kira 920,000 orang sentiasa diberi perhatian agar mereka dapat keluar daripada garis kemiskinan.

Timbalan Presiden AMANAH itu memberitahu, reformasi struktur pertanian sedang giat dilaksanakan bagi memastikan hak golongan peladang sentiasa terbela.

“Apa yang saya buat itu konsisten dengan sikap saya untuk membantu golongan yang masih miskin. Jangan risau. Saya tetap jadi pembela yang terbaik kepada ahli Peladang kita.

“Kami perlu menyusun kembali bukan tempel dan tampal sana sebagai penyelesaian. Ini satu reformasi struktur yang saya perlu ada keberanian untuk melaksanakannya,” kata beliau dalam Bicara Menteri menerusi Jom Channel baru-baru ini.

Dalam slot bertajuk, “Dasar Pertanian Baharu – Apa pencapaiannya?”, beliau sekali lagi menegaskan pemberian projek secara rundingan terus bernilai RM1.4 bilion kepada Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) bukannya satu skandal.

“Isu itu satu panorama politik yang sungguh menarik sebelum berakhirnya tahun 2019.
Saya mahu kontrak baja khususnya diberi kepada NAFAS secara langsung. Itu tidak salah. Saya telah mengkaji dari segi punca kuasa, kaedah perolehan itu.

“Saya yakin ahli-ahli Peladang yang hampir sejuta itu berdiri teguh di belakang saya. Saya akan terus membela mereka.

“Jadi, tidak timbul isu skandal RM1.4 bilion itu telah berlaku penyelewengan kepada NAFAS dan ahli Peladang,” tegasnya.

Salahuddin juga berkata, pelbagai penyelewengan yang berlaku dalam NAFAS terbongkar apabila Pakatan Harapan (PH) mengambil alih Putrajaya.

“Sekarang, ada antara mereka telah disiasat oleh SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia) juga ada laporan polis terhadap mereka.

“(Mereka) Ini bagi saya pengkhianat terhadap ahli-ahli Peladang kita. Antara tugas utama saya adalah memulihkan kembali NAFAS.

“Alhamdulillah, hari ini kita ditadbir oleh kepimpinan baru yang akan memberikan satu dimensi baru ke atas NAFAS,” ujarnya.

Mengulas Pertubuhan Peladang Negeri (PPN) dan Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) tertentu yang memfailkan saman berhubung Peraturan-Peraturan Pertubuhan Peladang (Pindaan) 2019, beliau berkata, pihaknya tidak akan gentar.

“Saya akan buat lagi peraturan-peraturan yang memelihara hanya mereka yang mempunyai integriti untuk memimpin NAFAS dan badan-badan lain. Ini reformasi yang benar-benar reform yang memerlukan keberanian.

“Alhamdulillah. Perdana Menteri faham perlunya NAFAS direformasikan. Kita harus berani melakukan perubahan kerana NAFAS satu-satunya harapan petani kita. Saya bersama peladang-peladang kita di seluruh tanahair,” tambahnya lagi.

 

malaysiadateline.com adalah portal berita percuma yang menyajikan naratif luhur untuk pembaca budiman.

Sumbangan anda adalah penting untuk kelangsungan portal ini. Sila klik butang ‘support us’ dan sumbangan anda adalah sangat dihargai.

 





widget-image
widget-image

Popular

Darurat untuk selamatkan kerajaan yang sudah jatuh?

Amalan demokrasi berparlimen tumbang apabila parlimen digantung, kata MPN

Negara lain juga darurat, tapi tak gantung fungsi Parlimen

Tidak perlu tunggu darurat berakhir, Anwar tiada halangan menghadap Agong

Apa guna ada Speaker jika sokong gantung Parlimen

Terkini

Kecualikan kuarantin kepada yang sudah disuntik vaksin di Singapura

Agong dicadang arah Parlimen buat sidang khas lawan Covid-19

Ordinan Darurat 2021: OMG. Mengerikan!

Muhyiddin perlu guna dana awam ikut keutamaan

Rogol kanak-kanak dalam lokap: Audit segera CCTV balai polis

Malaysia Dateline
Terima Kasih kerana mengunjungi kami.
SEARCH SOMETHING
© 2017 Malaysia Dateline. All rights reserved. Designed by Media Oren Production