Salahuddin tidak jadi menteri besar, dapat jawatan menteri  kabinet

Salahuddin tidak jadi menteri besar, dapat jawatan menteri kabinet

Timbalan Presiden AMANAH Salahuddin Ayub bakal dilantik memegang salah satu portfolio barisan menteri kabinet dalam kerajaan baharu Pakatan Harapan.

Ahli Parlimen Pulai ini, walaupun tidak dilantik menteri besar tumpuannya akan diberikan kepada jawatan menteri kabinet yang akan disandangnya kelak.

“Saya tiada masalah apa-apa kerana saya akan ke persekutuan dan akan menyandang satu portfolio di dalam kabinet,” ujarnya  selepas sidang media diadakan di Ibupejabat Parti Pribumi Bersatu Malaysia di Petaling Jaya petang ini.

Sebelum itu diadakan pengumuman tiga jawatan menteri kabinet baharu Pakatan Harapan yang melantk Tan Sri Muhyiddin Yassin (Menteri Dalam Negeri), Lim Guan Eng (Menteri Kewangan) dan Mohamad Sabu (Menteri Pertahanan).

Beliau ditanya mengenai pelantikan Datuk Osman Sapian yang telah mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Johor yang baharu di Istana Bukit Serene hari ini.

Beliau juga menerima baik keputusan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar melantik Setiausaha Agung PH Negeri Datuk Osman Sapian sebagai menteri besar Johor.

Adun Simpang Jeram ini berkata, keputusan Sultan sesuatu yang harus dihormati semua pihak.

“Saya tidak mempunyai masalah untuk terima siapa sahaja dilantik menteri besar.

“Adun Kempas Datuk Osman telahpun dimuktamadkan oleh Tuanku Sultan. Begitu juga Adun-adun  AMANAH tiada masalah kerana kita menghormati undang-undang tubuh negeri untuk selesaikan pelantikaan menteri besaroleh Sultan,” ujarnya.

Semalam Pengerusi PH Johor, Tan Sri Muhyiddin Yassin, menghadap Sultan Ibrahim di Istana Pasir Pelangii bagi memohon perkenan baginda untuk menubuhkan kerajaan baharu Johor serta menyerahkan tiga nama untuk jawatan Menteri Besar.

Tiga nama yang dicadangkan selain Osman dan Salahuddin ialah Adun Parit Yaani Aminolhuda Hassan.

Ditanya desas-desus rakyat Johor lebih memihak kepada pimpinan AMANAH untuk jawatan menteri besar, Salahuddin berkata, ia hanya sekadar persepsi sebahagian rakyat.

“Itu persepsi, Kita kemukakan nama-nama terbaik mungkin ada pertimbangan pihak-pihak tertentu yang memuktamadkan pemilihan nama Datuk Osman.Jadi kita harus hormati keputusan itu.” jelasnya.

Pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) 9 Mei lalu, PH memenangi 36 kerusi menewaskan BN (19) dan Pas (1) sekaligus menang majoriti untuk membentuk kerajaan baharu.

7.9
OVERALL SCORE
6 user votes x 9.2
CATEGORIES