Salahuddin ziarah jasad mendiang Eddie Ng

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Salahuddin Ayub hari ini menziarahi jasad Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Balakong, mendiang Eddie Ng Tien Chee di Xiao En Centre di Jalan Kuari, Cheras.

Timbalan Presiden AMANAH berkenaan turut menemui keluarga mendiang.

“Pemergian mendiang Eddie suatu kehilangan yang besar untuk Malaysia.

“Saya mengenali beliau sebagai seorang wakil rakyat yang rajin dan berdedikasi,” dipetik dari Facebook Salahuddin.

Eddie terbunuh dalam satu kemalangan jalan raya di Cheras, kira-kira jam 12.40 tengah malam, 20 Julai lalu.

Beliau yang dikatakan dalam perjalanan pulang dari Kuala Lumpur menuju ke Kajang dipercayai terlanggar lori syarikat konsesi yang sedang membuat kerja penyelenggaraan di Kilometer 11.7 Lebuhraya Grand Saga.

Akibat pelanggaran itu, Eddie Ng yang memandu kereta Nissan Xtrail, meninggal dunia di tempat kejadian sebelum mayatnya dihantar ke Hospital Serdang.

Salahuddin menemui ahli keluarga mendiang Eddie Ng Tian Chee hari ini.

 

10.0
OVERALL SCORE
: 10.0
Have no any user vote
CATEGORIES
TAGS