Salahudin dapat anugerah ‘fellowship’ Institut Antarabangsa Pengurusan Perladangan

Salahudin menerima anugerah ‘fellowship’ dari IIPM.

Menteri Pertanian Datuk Salahudin Ayub telah diberikan anugerah sebagai ‘fellowship’ oleh International Institute of Plantation Management (IIPM) semalam.

Penyerahan perlantikan itu dibuat oleh Pengarah Eksekutif yang juga Setiausaha Agung IIPM, Halid Hasbullah di Kementerian Pertanian semalam.

Turut serta bersama beliau dalam majlis itu adalah Pengarah Bersekutu IIPM, Nor Hazani Mat Daud dan Profesor Shahnor Basri (penasihat IIPM) dan Dr Amizi Ayob (Fellow IIPM) dari Universiti Malaysian Kelantan (UMK).

“Perlantikan ini dibuat sebagai penghargaan kepada usaha beliau yang telah berusaha untuk meningkatkan profesyen industri pertanian di negara ini,” kata Halid kepada Malaysia Dateline.

Selepas dilantik sebagai menteri pertanian dan industri asas tani, Salahudin telah memberikan sepenuh tumpuan dan masa untuk mengangkat industri pertanian negara.

Pada hari pertama beliau memegang jawatan itu lagi beliau telah menetapkan sasaran untuk meningkat industri daging negara dengan memulihkan semula projek penternakan lembu secara fedlot yang telah gagal di zaman kerajaan sebelum ini.

Beliau berazam mahu meningkatkan hasil pengeluaran daging tempatan dan mengurangkan kebergantungan kepada daging import.

Beliau dilaporkan berazam untuk menambahkan hasil daging tempatan bukan sahaja melalui syarikat fedlot besar tetapi juga meningkatkan usahawan fedlot di kalangan petani desa.

COMMENTS

Wordpress (0)