Salahuddin dapat ugutan bunuh, bangkai lembu dan nota ugutan

Salahuddin dapat ugutan bunuh, bangkai lembu dan nota ugutan
"Pada awalnya saya lihat ia perkara kecil sahaja tetapi nampaknya polis memandang serius perkara ini kerana ia ugutan ke atas seorang menteri," kata Salahudin kepada Malaysia Dateline.

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Salahuddin Ayub mendapat ugutan bunuh dua hari lepas dengan cara meletakkan bangkai lembu dan nota ugutan bunuh di hadapan rumah yang dijadikan pusat khidmatnya.

Berikutan itu seorang saspek telah ditahan polis dan hari ini mahkamah telah membenarkan beliau disambung tahanan remannya.

Salahuddin ketika dihubungi mengesahkan perkara ini dan ia sedang disiasat oleh pihak polis.

“Saya diberitahu dua hari lepas tentang seekor bangkai lembu telah diletakkan di depan rumah saya di DUN Simpang Jeram, Johor.

“Padanya terdapat nota mengugut bunuh terhadap saya dan laporan polis telah dibuat.

Polis mengumpul barang bukti di perkarangan rumah yang dijadikan pusat khidmat oleh Salahuddin.

“Pada awalnya saya lihat ia perkara kecil sahaja tetapi nampaknya polis memandang serius perkara ini kerana ia ugutan ke atas seorang menteri,” kata Salahuddin kepada Malaysia Dateline.

Menurut Salahuddin, hari ini ada lagi pegawai polis datang ke pejabat beliau di Kementerian Pertanian, Putrajaya untuk mengambil kenyataan.

“Sehingga ini saya tidak tahu lagi apa motifnya.

“Kita serahkan perkara ini kepada pihak polis untuk membuat siasatan,” kata beliau lagi.