Salahudin jelaskan kenyataan beliau dan PM tidak bercanggah

Salahudin jelaskan kenyataan beliau dan PM tidak bercanggah

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Salahuddin Ayub menegaskan pemberian elaun sara hidup nelayan antara RM200 hingga RM300 tidak akan dihentikan.

Beliau berkata, hasil perbincangan antara kementeriannya dan Pejabat Perdana Menteri, Tun Mahathir mengesahkan bahawa kenyataan beliau merujuk kepada “one-off cashincentives” yang diberikan oleh kerajaan Barisan Nasional sebelum ini kepada para nelayan.

Perdana Menteri juga telah merujuk pemberian tersebut yang telah dibuat menggunakan wang dari sumber yang meragukan.

Katanya kenyataan Perdana Menteri tidak membabitkan pemberian lain dan ini termasuk Elaun Sara Hidup (ESH) nelayan yang telah termaktub sebagai program-program di bawah kementerian.

ESH nelayan telah bermula sejak Jun 2008 dan bertujuan untuk meringankan bebanan kos sara hidup para nelayan.

Kekeliruan timbul selepas Tun Mahathir hari ini dikatakan memberikan pendirian bercanggah dengan Salahuddin berkaitan bantuan bulanan kerajaan kepada nelayan.

Mahathir dalam wawancara dengan Malay Mail hari ini berkata kerajaan berhasrat memansuhkan bantuan bulanan antara RM200 hingga RM300 kepada 57,000 nelayan.

Salahuddin dalam sidang media semalam pula menjamin kerajaan akan meneruskan bantuan yang melibatkan 57,000 nelayan itu.

9.7
OVERALL SCORE
: 9.0
2 user votes x 10.0