Malaysia Dateline

Salahuddin ziarah bekas pengarang berita Harakah di HKL

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Salahuddin Ayub petang tadi meluangkan masa menziarahi bekas pengarang berita akhbar Harakah Abdul Hafiz Mohd Baqi di Hospital Kuala Lumpur (HKL) akibat komplikasi saluran kencing.

Abdul Hafiz dimasukkan ke Wad Rawatan Rapi (ICU) di hospital berkenaan pada 27 Jun lalu baru sedar sepenuhnya hari ini selepas hampir tujuh hari mendapat rawatan intensif.

Sebelum ini, beliau yang merupakan anak kepada Tuan Guru Haji Mohd Baqi Osman yang mendapat Anugerah Khas di Muktamar Pas di Kuantan baru-baru ini berhadapan komplikasi kegagalan fungsi buah pinggang, jantung dan paru-paru serta tekanan darah rendah.

Salahuddin bersama isteri meluangkan masa kira-kira 10 minit beramah mesra dengan Hafiz dan ahli keluarga beliau di wad berkenaan sebelum beredar pergi.

Hafiz melahirkan rasa terharu dan sebak atas kunjungan Menteri berkenaan berserta isterinya.