Salam solidariti daripada Penjara Kajang, bertindak  tegas satu suara, kata Tian Chua

Salam solidariti daripada Penjara Kajang, bertindak  tegas satu suara, kata Tian Chua

“Kepada rakan-rakan seperjuangan dan rakyat Malaysia. Salam Solidariti dari Penjara Kajang,” itulah luahan hati Naib Presiden PKR Tian Chua.

Beliau yang kini dipenjarakan berkata, tidak pernah berasa kesal dengan apa yang berlaku dan menyampaikan salam dan terima kasihnya kepada semua pihak yang memberikan sokongan dalam perjuangan ini.

“Kesalnya saya tidak dapat bersama dengan anda semua dalam Perhimpunan 14 Oktober 2017 (Perhimpunan Sayangi Malaysia Hapuskan Kleptokrasi ).

“Walaupun jasad saya dipisahkan, semangat saya tetap bersama. Saya tidak rasa tersesak dan tidak keseorangan walau dalam perasingan.

“Sebenarnya rakyat sedang kesesakan dan kesengsaraan yang teruk – menghadapi pelbagai penindasan dan tekanan kehidupan akibat daripada sistem pentadbiran yang korup, dan penyalahgunaan kuasa,” ujarnya dalam kenyataan hari ini.

Justeru katanya, rakyat harus berani mengubah nasib negara.

“Saya yakin rakan-rakan sedang berusaha keras untuk menjayakan mobilisasi perhimpunan 14 Oktober.

“Saya menyeru rakyat Malaysia keluar beramai-ramai menyokong Perhimpunan 14 Oktober ini. Bertindak tegas, satu suara.

“Tolak rasuah, tolak kleptokrasi ! Selamatkan negara dan masa depan anak cucu kita,” ujarnya.

Tian Chua kini sedang menjalani tempoh penjara selama sebulan sejak 29 September lalu selepas dia membuat keputusan mengejut dengan menarik balik rayuan terhadap sabitan melanggar arahan polis untuk meninggalkan Pusat Latihan Polis (Pulapol) pada 2012.

5.0
OVERALL SCORE
: 9.0
1 user vote x 1.0
CATEGORIES
TAGS