Malaysia Dateline

Salji tebal melanda Baitulmaqdis

Bailtulmaqdis kini dilanda fenomena yang jarang berlaku apabila salji tebal turun di kawasan suci itu pada lewat Rabu dan Khamis.

Dilaporkan, salji lebat berkemungkinan hanya terjadi sekali dalam tempoh musim sejuk.

Menurut laporan Independent, lebuhraya, laluan-laluan utama, sekolah serta premis perniagaan dikatakan ditutup untuk memberi ruang kepada kerja-kerja pembersihan jalan di Baitul Maqdis yang dilitupi salji sejak semalam.

Lapor Arab News, ribut salji tersebut telah melanda daerah Baitulmaqdis dan kawasan-kawasan di bahagian Timur Mediterranean, membawa angin serta hujan lebat ke wilayah Timur Tengah.

Agensi melaporkan, salji juga telah meliputi kawasan lebih tinggi di Tebing Barat yang diduduki.

Jabatan meteorologi Israel memaklumkan bahawa lebih dari 25 sentimeter salji turun di kawasan berkenaan sejak Rabu malam dan autoriti setempat mengambil masa untuk membuka semula laluan utama menuju ke Baitul Maqdis.

Memetik Al-Jazeera, pihak polis Israel juga telah menutup laluan lebuh raya utama di kawasan pergunungan di Tebing Barat ekoran keadaan jalan yang berbahaya.