Malaysia Dateline

Salma Lakhani Muslim pertama menjadi Wakil Gabenor di Alberta, Kanada

Salma Lakhani menjadi Muslim pertama yang dilantik sebagai Timbalan Gabenor Alberta, Kanada. Perkara ini diumumkan secara langsung oleh Perdana Menteri Kanada, Justin Tudeau.

“Beliau dilantik sebagai Wakil Gabenor Alberta. Saya yakin, beliau akan melakukan kerja yang terbaik untuk daerah ini dan juga Kanada serta akan menjadi rujukan bagi warga Kanada,” kata Tredeau, sebagaimana diilaporkan oleh The Islamic Information.

Pelantikan ini sangat penting kerana Salma menjadi Muslim pertama yang memegang jawatan tersebut di Kanada.

Dalam pengumuman tersebut, Perdana Menteri Justin Trudeau menyatakan bahawa Salma adalah seorang Ahli Majlis Muslim Ismaili yang dedikasinya untuk memperjuangkan peluang bagi mereka yang menghadapi masalah, jelas terpamer.

“Sejalan dengan tradisi mengikuti persatuan dan aktiviti masyarakat tempat kami tinggal, Salma telah menunjukkan komitmen untuk membantu mereka yang memerlukan,” kata Presiden Majlis Ismaili Kanada, Ameerally Kassim-Lakha.

Pada kesempatan bersejarah pelantikan Salma sebagai Wakil Gabenor Alberta itu, Ameerally Kassim turut mengucapkan tahniah kepada Salma bagi pihak jemaah dan institusinya.

Salma adalah pemilik perniagaan dan aktivis masyarakat, dan beliau adalah Muslim pertama yang dilantik sebagai Wakil Gabenor dalam sejarah negara itu.

Beliau turut terlibat memperjuangkan hak wanita, pendidikan dan penjagaan kesihatan di negara yang kedua paling luas di dunia itu.

Menjadi pengerusi jawatankuasa penasihat NorQuest College di Edmonton dan telah mengumpulkan berjuta-juta dana untuk membantu pelajar yang ingin mendapatkan pendidikan.

Di samping itu, Salma telah berkhidmat selama 10 tahun sebagai Pengarah Majlis untuk Pusat Keamanan dan Hak Asasi Manusia John Humphrey yang menyokong pelbagai inisiatif, termasuk Lois Hole Hospital for Women, Kids Kottage, Sorrentino Affection House, dan Canadian Aga Khan Foundation.

Usahanya menyantuni masyarakat dihargai hingga beliau dianugerahkan Alberta Centennial Medal pada tahun 2005, Queen Elizabeth Diamond Jubilee Medal pada tahun 2012, dan Diploma Kehormat dari NorQuest College pada tahun 2019.

Beliau turut menyatakan tujuan untuk menjadi Timbalan Gabenor;

“Falsafah saya ialah untuk pembangunan masyarakat selalu menjadi yang utama. Sekiranya anda percaya pada suatu sebab, dan anda fikir anda boleh membuat perbezaan, maka lompatlah dengan dua kaki dan berikanlah yang terbaik.”

Wakil Gabenor dilantik oleh Gabenor Jeneral Kanada atas saranan Perdana Menteri. Wakil Gabenor pula menjadi wakil peribadi Ratu di setiap wilayah.

Mereka memenuhi peranan dan fungsi Ratu, termasuk memberikan Persetujuan Kerajaan terhadap undang-undang daerah, dan di daerah Alberta.

Kanada ialah sebuah negara persekutuan yang ditadbir menerusi demokrasi berparlimen dan negara raja berperlembagaan dengan Ratu Elizabeth II (yang telah memerintah sejak 6 Februari 1952) selaku ketua negara.
Ia merupakan sebuah negara dwibahasa yang menggunakan bahasa Inggeris dan Perancis sebagai bahasa rasmi di peringkat persekutuan.