Samada sedar atau tidak, ramai bermoral rendah iaitu ’hipokrit’.

Samada sedar atau tidak,  ramai bermoral rendah iaitu ’hipokrit’.

Kita hendaklah berhati-hati dengan mereka yang cepat dan paling kuat dalam mengutuk dan merendahkan moral orang lain terutama kepada mereka yang gagal melaksanakan tugasan dan tanggungjawab yang dimanahkan.

Kemungkinan besar dan acapkalinya mereka yang beriya dalam memperkatakan mengenai moral adalah lebih teruk sikap mereka, tetapi sering mengabaikan perlakuan mereka dan sering mengambil ringan dan melanggar tatacara mereka sendiri.

Dalam satu kajian, penyelidik mendapati bahawa mereka yang menilai tingkah laku orang lain adalah lebih mementingkan diri sendiri dan sering tidak berlaku adil terhadap orang lain.

Begitu juga, terdapat fenomena yang dipelajari sekian lama yang dikenali sebagai asimetri pengamat pelakon, yang sebahagiannya menggambarkan kecenderungan kita untuk menceritakan perbuatan buruk orang lain, seperti ketidaksetiaan pasangan kita, watak mereka, sambil terlupa dan mengaitkan amalan yang sama yang dilakukan oleh diri kita sendiri dalam situasi yang sama.

Perlakuan dwistandard ini juga boleh menjelaskan perasaan umum bahawa kadar kejengkilan atau ketidaksopanan adalah meningkat, dimana penyelidikan menunjukkan bahawa kita menganggap tindakan biadap yang dilakukan oleh orang asing adalah lebih teruk daripada yang dilakukan kawan-kawan atau diri kita sendiri.

Kita sebenarnya adalah ‘raksaksa atau ketua jin’ yang berpotensi atau tanpa disedari. Sesiapa sahaja yang telah mendapati diri mereka terlibat di media sosial akan mendapati, kemungkinan beberapa aspek yang paling buruk dari segi sifat manusia akan diperbesarkan, sebahagiannya disebabkan dengan niat untuk tujuan kesan penghapusan secara atas talian, dan hakikat bahawa kebolehan penggunaan ‘anonymous’ diketahui akan meningkatkan kecenderungan kita untuk tidak bermoral.

Walaupun kajian telah memaklumkan bahawa mereka yang terdedah kepada sadisme (orang yang suka menyakiti atau menganggu orang lain untuk mendapat keseronokan atau kepuasan) setiap hari (sebahagian besarnya membimbangkan kita) terutamanya adalah cenderung untuk menjadi ‘raksaksa atau ketua jin’ diatas talian.

Satu kajian yang diterbitkan tahun lepas mendedahkan bagaimana dalam keadaan mood (atau angin) yang tidak baik atau buruk, dan terdedah kepada gangguan orang lain; kemungkinan besar mereka yang terlibat untuk ‘menggangu’ orang lain adalah dua kali ganda lebih besar.

Sebenarnya, ‘gangguan’ awal oleh beberapa orang boleh menyebabkan keadaan menjadi semakin negatif dan meningkat dari masa ke masa .
Pihak atasan sering mengutamakan pemimpin yang tidak berkesan dan bersifat psikopat. Ahli Psikologi Personaliti Amerika, Dan McAdams menyimpulkan bahawa kenyataan gangguan dan penghinaan oleh Presiden Donald Trump bersifat “rayuan haiwan atau primal,” dan bahawa “tweet pembakar” nya adalah seperti “memaparkan paparan” chimpanzee janta alfa, “direka untuk menakut-nakutkan.”

Jika anggapan penilaian McAdams adalah benar, ia adalah bersesuaian dengan corak yang penemuan yang lebih luas bahawasanya sifat psikopatikal adalah lebih biasa daripada purata di kalangan pemimpin.
Dapatan kaji selidik terhadap ahli pemimpin kewangan di New York juga mendapati mereka mempunyai nilai sifat psikopat yang lebih tinggi dan nilai purata kecerdasan emosi yang lebih rendah.

Analisis meta yang diterbitkan baru-baru ini menyimpulkan bahawa terdapat hubungan yang sederhana tetapi signifikan antara sifat psikopati yang lebih tinggi dan memperolehi kedudukan kepimpinan. Ini adalah penting kerana psikopati juga berkaitan dengan kualiti kepimpinan yang rendah.

Kita juga lebih tertarik secara seksual terhadap mereka yang mempunyai sifat personaliti yang gelap.

Bukan sahaja kita memilih mereka yang bersifat psikopat untuk menjadi pemimpin kita, bahkan bukti menunjukkan bahawa lelaki dan wanita secara seksual tertarik, sekurang-kurangnya dalam jangka pendek, kepada orang yang memperlihatkan “sifat ciri gelap” sifat-sifat narsisisme, psikopati, dan Machiavellianism-dengan demikian mempertingkatkan lagi sifat-sifat ini.

Satu kajian mendapati bahawa daya tarikan fizikal lelaki kepada wanita meningkat apabila dia digambarkan sebagai mementingkan diri sendiri, manipulatif dan tidak sensitif.

Satu teori ada menyatakan bahawa sifat gelap berjaya meningkatkan daya berkomunikasi ‘kualiti pasangan’ dari segi keyakinan dan kesanggupan mengambil risiko. Adakah perkara ini penting untuk masa depan keturunans kita?

Satu kajian dalam tahun 2016, mendapati bahawa wanita lebih tertarik pada wajah lelaki narsisistik, cenderung mempunyai lebih banyak anak.
Mungkin juga kita tidak perlu serius dalam hal ini, penemuan ini tidak mengatakan apa-apa kejayaan yang kita ada dalam mengatasi naluri asasl kita.

Malah, boleh dikatakan dengan mengakui dan memahami kelemahan kita, tentunya kita mampu dapat lebih berjaya mengalahkan mereka, dan dengan demikian memupuk kebaikan yang lebih baik dari sifat kita.

*Kheru Khek adalah seorang pendidik.