Saman fitnah: Mahkamah arah Mahamad Nasir bayar Khalid RM80,000, permohonan maaf

Saman fitnah: Mahkamah arah Mahamad Nasir bayar Khalid RM80,000, permohonan maaf

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini, mengarahkan Ketua Pegawai Eksekutif Institut Kajian Strategik Islam Malaysia (Iksim) Prof Datuk Mahamad Naser Disa membayar RM80,000 kepada Menteri Wilayah Khalid Samad.

Hakim Rohani Ismail memutuskan Mahamad Nasir membayar gantirugi RM80,000, perintah permohonan maaf. injunksi dan kos sebanyak RM20,000 perlu dilunaskan kepada Khalid yang juga Ahli Parlimen Shah Alam.

Khalid diwakili peguam Faiz Fadzil dan Mohamad Nasir diwakili peguam Hasnal Rezua.

Khalid yang juga Pengarah Komunikasi AMANAH pada 2017 telah mengemukakan saman fitnah terhadap Mahamad Nasir kerana membuat kenyataan fitnah terhadapnya dalam satu program anjuran Jabatan Agama Islam Selangor (Jais).

Khalid merujuk kepada pembentangan Mahamad Naser yang bertajuk “Kedaulatan Islam di Malaysia Diancam Pengembangan Doktrin Palsu” di mana pemimpin AMANAH itu dituduh tidak mahu menyokong cadangan pindaan Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 atau Akta 355.