Saman Husam dan Matthias kes 1MDB, MP Amanah pohon perkenan Agong

Saman Husam dan Matthias kes 1MDB, MP Amanah pohon perkenan Agong

Ahli Parlimen dari Parti Amanah Negara (Amanah) akan menyerahkan surat kepada Yang diPertuan Agong (YDPA) bagi memohon perkenan baginda berhubung tindakan saman Datuk Husam Musa dan Matthias Chang di Amerika Syarikat (AS) bagi menuntut semula wang yang dicuri melalui 1MDB.

 

Ahli Parlimen dari Parti Amanah Negara (Amanah) akan menyerahkan surat kepada Yang diPertuan Agong (YDPA) bagi memohon perkenan baginda berhubung tindakan saman Datuk Husam Musa dan Matthias Chang di Amerika Syarikat (AS) bagi menuntut semula wang yang dicuri melalui 1MDB.

Pengarah komunikasi Amanah Khalid Samad berkata, surat itu akan ditandatangi enam ahli parlimen Amanah sebelum diserahkan kepada YDPA dalam waktu terdekat.

Khalid Samad dalam sidang media pagi ini.“Kami daripada Amanah menyediakan surat kepada Yang dPertuan Agong yang mana enam ahli parlimen Amanah akan menandatangani surat itu meminta supaya Yang diPertuan Agong memberi perkenan atas usaha Husam dan Matthias,” katanya pada sidang media di Wisma Amanah di ibu negara hari ini.

Selain beliau, lima lagi ahli parlimen Amanah ialah Datuk Raja Kamarul Bahrin (Kuala Terengganu); Dr Hatta Ramli (Kuala Krai); Dr Siti Mariah Mahmud (Kota Raja); Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa (Parit Buntar); Hanipa Maidin (Sepang).

Husam dan Matthias mengambil tindakan saman sivil ke atas lapan individu dan syarikat di Amerika Syarikat bagi menuntut gantirugi dari mereka diatas kehilangan wang 1 Malaysia Development Berhada (1MDB).

Saman itu difailkan di Mahkamah Daerah New York Selatan Khamis, 11 Ogos lepas (Jumaat 12 Ogos waktu Malaysia) oleh sebuah firma guaman di sana.

Lapan defendan yang dinamakan Husam dan Matthias adalah Riza Shahriz bin Abdul Aziz, Low Taek Jho, Golman Sachs Group Inc, Timothy Leissner, Christopher Joey McFarland, Red Granite Pictures Inc, Debra Whelan Johnson, Metropolis 1X Capital Advisors.

Red Granite Pictures adalah penerbit filem Wolf of Wall Street; syarikat yang diasaskan bersama Christopher Joey McFarland; Riza Aziz dan Jho Low, ahli perniagaan dari Pulau Pinang yang dikatakan kawan kepada Riza.

Bank pelaburan Goldman Sachs turut dinamakan bersama bekas pengurus banknya Timothy Leissner, yang mengatur bon dengan nilai berbilion dolar daripada 1MDB. Timothy didakwa mengambil sogokan dalam bentuk komisen.

Turut dinamakan ialah pengurus perniagaan Riza, Debra Whelan Johnson dan syarikatnya, Metropolis 1X. Mereka dituduh menguruskan wang Riza dengan pengetahuan ia diselewengkan.

Menurut dokumen mahkamah, Matthias dan Husam mendakwa semua defendan sedar menggunakan wang yang dicuri daripada 1MDB untuk kepentingan peribadi masing-masing, termasuk menganjurkan parti untuk bintang Hollywood Leonardo DiCaprio.

TAGS