Malaysia Dateline

Saman TYT: Musa Aman biadap?

Tindakan Musa Aman dan kumpulannya menyaman TYT adalah tindakan biadap dan tidak menghormati Kuasa Perlembagaan Negeri Sabah.

Dalam perlembagaan Negeri Sabah, Tuan Yang Terutama (TYT) mempunyai kuasa mutlak dalam melantik Ketua Menteri dan kuasa untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) melalui nasihat Ketua Menteri.

Tindakan mereka langsung tidak hormat kepada peranan dan kuasa yang ada pada TYT dalam pentadbiran kerajaan negeri sabah.

Tuan Yang Terutama dan Istana negeri merupakan hiraki tertinggi dalam pentadbiran kerajaan Negeri Sabah dan ia memegang martabat dan kedaulatan undang undang negeri ini.

Tindakan mereka bukan saja menujukkan mereka tidak percaya akan kewibawaan TYT malah mempersoalan kemampuan TYT untuk membuat keputusan yang terbaik untuk rakyat negeri sabah.

Selain itu Tindakan menyaman TYT bukan sahaja mempersoal kuasa TYT dalam perlembagaan Sabah malahan secara sewenang-wenangnya menarik system kehakiman negara ke kancah krisis perlembagaan.

Tindakan mereka bersifat angkuh dan pentingkan diri sendiri. Mungkin kerana Tan Sri Musa Aman mempunyai sumber kewangan yang sangat besar yang memberikan beliau perasaan yang dia boleh berbuat apa saja demi mencapai cita-cita peribadi beliau tanpa memperdulikan kepentingan rakyat dan negeri Sabah.

Inikah jenis pemimpin yang kita mau beri kepercayaan menerajui negeri Sabah?

Mereka bukan sahaja telah memporak perandakan kerajaan negeri dengan rancangan jahat mengambil alih kerajaan melalui pintu belakang pada saat genting.

Ketika kita sedang berdepan dengan krisis ekonomi dan pandemik COVID19 malahan telah memberikan tekanan kepada TYT untuk membuat keputusan sukar untuk membubarkan awal DUN sungguhpun kerajaan Warisan pimpinan DS Shafie Apdal masih ada 3 tahun lagi untuk menerajui negeri Sabah.

Mereka menyaman TYT hanya untuk menutup malu dan menunjukkan keenganan mereka mengambil tanggungjawap keruntuhan kerajaan akibat tindakan tidak beretika mereka yang membelakangi mandat Rakyat.

Rakyat negeri Sabah pandai menilai mereka yang durhaka terhadap TYT dan akan menghukum mereka di kotak undi.


Penulis adalah Ahli Dewan Negara dan juga Pengarah Pendidikan Politik DAP Sabah.