Sambung cuti sekolah, cadang bekas Menteri Kesihatan
"Batalkan semua perhimpunan melebihi 50 orang," cadang beliau menerusi twitter itu.

Sambung cuti sekolah, cadang bekas Menteri Kesihatan

Bekas Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr dzulkefly Ahmad mencadangkan agar cuti persekolahan yang bermula minggu ini disambung sehingga wabak Covid-19 dapat dikawal.

Dalam satu kenyataan melalui twitter beliau mencadangkan agar universiti di negara ini melaksanakan pengajaran secara online .

Dr Dzulkefly yang baru dilantik sebagai Pengerusi Jawatankuasa Pasukan Petugas Khas Covic-19 Selangor juga mencadangkan agar orang ramai kekal berada di rumah kecuali terpaksa keluar untuk perkara perlu sahaja.

“Batalkan semua perhimpunan melebihi 50 orang,” cadang beliau menerusi twitter itu.

Pihak majikan pula disarankan agar menggalakkan kakitangan mereka bekerja dari rumah.

Sehingga kini, Malaysia mencatatkan 428 kes dimana 386 di bawah pengawasan perubatan manakala 42 kes telah sembuh.

Dr Dzulkefly juga mencadangkan agar Malaysia kekal dengan pendekatan ‘intense sosial distancing’ (menjaga jarak perhubungan yang ketat) sebagaimana yang diamalkan oleh Singapura dan Korea Selatan bukannya ‘lockdown’ (pengurungan) sebagaimana yang diamalkan oleh China dan Italy.