Sambut Hari Kemerdekaan pupuk rasa cinta negara

Sambut Hari Kemerdekaan pupuk rasa cinta negara

Suhaizan Kaiat (lima dari kiri) bersama jemputan kehormat yang lain di program perbarisan Hari Kemerdekaan ke 61 peringkat negeri Johor

Sambutan Hari Kemerdekaan ke-61 kali ini cukup bermakna bagi rakyat di negara ini kerana peralihan kuasa yang berlaku.

Perkara itulah yang diketengahkan oleh Speaker Dewan Negeri Johor, Suhaizan Kaiat ketika ditemui dalam perbarisan Hari Kemerdekaan peringkat Negeri Johor di Tanjung Mas Muar Johor.

Suhaizan dalam pertemuan tersebut berkata sambutan rakyat serta pembabitan semua lapisan masyarakat mempamerkan semangat cinta negara yang tinggi.

“Kehadiran rakyat dalam program ini amat memberangsangkan dan mereka sanggup berpanas untuk menunggu sehingga program selesai.

“Hal ini adalah suatu luahan rasa sayang dan cinta kepada tanah air. Saya merakamkan rasa terharu dengan sambutan rakyat terhadap program ini.

“Apa yang kita mahukan adalah memupuk perasaan sayang pada tanah air sekaligus ia semangat harmoni di dalam negara ini.

Suhaizan juga turut merakamkan ucapan tahniah kepada pihak Kerajaan Negeri Johor yang dipimpin oleh Datuk Osman Sapin sebagai Menteri Besar kerana berjaya menganjurkan program ini yang menjadi program tahunan negeri ini.

Program yang bermula sekitar jam 8 pagi itu dimulakan dengan perbarisan kehormat dari jabatan-jabatan kerajaan serta unit berunifom dan ia berakhir pada sekitar jam 11:30 pagi.

 

CATEGORIES
TAGS