Sambutan bas percuma Melaka semakin menggalakkan

Sambutan bas percuma Melaka semakin menggalakkan

Exco Kerja Raya, Pengangkutan dan Kemudahan Awam Negeri Melaka, Datuk Mohd Sofi Abdul Wahab berkata, sambutan rakyat negeri itu terhadap bas percuma yang dilancarkan oleh kerajaan negeri pada 20 Ogos lalu semakin baik.

Jelas beliau, ini dapat dilihat daripada jumlah penumpang bas ini sejak Ogos hingga November mencecah lebih dari 9,000 orang sebulan.

“Statistik menunjukkan kira-kira 30,057 penumpang menaiki bas ini dari 20 Ogos hingga 31 November lalu.

“Dari keseluruhan jumlah tersebut 73.85 peratus dalam warganegara dan 26.15 peratus bukan warganegara. Untuk bukan warganegara mereka dikenakan bayaran tambang.

“Bas percuma ini yang dikendalikan oleh anak syarikat kerajaan iaitu Panorama. Kerajaan negeri, agensi kerajaan negeri dan syarikat-syarikat korporat.

“Jumlah peruntukan tahunan untuk bas percuma ialah RM1.3 juta,” kata Adun Durian Tunggal itu dalam satu kenyataan hari ini.

Kata beliau lagi, pihaknya akan meneruskan program bas percuma ini kerana terbukti ia mampu sedikit sebanyak menjaga kebajikan rakyat terutama setiap hari berulang alik ke tempat kerja.

Tambahnya, jika permintaan penumpang semakin rancak dan Panorama mampu memberi perkhidmatan percuma tidak mustahil perkhidmatan bas ini akan dikembangkan ke laluan lain.

“Setakat ini saya berpuas hati dengan operasi bas percuma ini,” katanya.