Sambutan gemilang pelancaran Amanah Selangor

Sambutan gemilang pelancaran Amanah Selangor

[Sertai Telegram kami untuk berita terikini di t.me/mdateline]

Mat Sabu tandatangan buku Amanah Selangor

Dua majlis pelancaran Parti Amanah –  27 dan 28 November lalu di Shah Alam, Selangor dan di Kuala Lumpur – yang mendapat sambutan hebat, menggambarkan Amanah sedang menuju masa depan cemerlang.

Tanggapan ini, tidak berlebihan, jauh sekali dari didorong oleh rasa fanatik terhadap parti yang baru berusia dua bulan lebih itu.

Pelancaran Parti Amanah Selangor di Shah Alam itu dihadiri oleh beribu-ribu orang, bukan saja datang dari Negeri Selangor, tetapi juga dating dari negeri lain.

Keesokkannya Majlis Perasmian Wisma Amanah Negara dengan sidang perwakilan Kongres Luar Biasa. Petangnya program Hi-tea bersama pimpinan Amanah dan malamnya pula Ceramah Perdana bersama Ustaz Ahmad Awang, Mohd Sabu, Datuk Seri Wan Azizah, Salahuddin Ayub, Haji Anwar Tahir dan lain-lain.

Haji Mohamad Sabu menjangkakan hingga akhir tahun ini, jumlah ahli Amanah akan mencapai 100,000 orang, suatu sasaran sederhana dan munasabah mengambbil kira umur Amanah belum sampai tiga bulan.

Sambutan luar biasa kedua-dua program ini dengan pakaian warna orange di mana-mana menggambarkan parti yang muda ini sedang mengambil kedudukannya yang penting di tengah masyarakat.

Pemimpin wanita AmanahDengan kedudukan di mana Amanah Negeri Kelantan masih menduduki tempat pertama banyaknya ahli, disusuli Negeri Johor, Selangor, Negeri Sembilan, Perak, Kedah dan negeri lain, menunjukkan ia sebuah parti walaupun masih remaja, tetapi perkembangannya sangat memberansangkan.

Pimpinan utama, Amanah Negeri Selangir, Ir. Izham Hashim telah mengumumkan senarai nama pimpinan Amanah peringkat Negeri Selangor, kawasan Parlimen, Angkatan Wanita Amanah (Awan), Biro Keselamatan dan Kebajikan (Arif) dan lain-lain.

“Kita sedang menumpukan perhatian di peringkat penubuhan cawangan,” katanya.

Di negeri lain juga, saya kira, kegiatan yang sama juga sedang diusahakan dengan rancaknya.

Beberaapa pemimpin yang sempat saya temui di majlis itu, umpamanya, Pengarah Pilihanraya Amanah, Negeri Selangor, Cikgu Jaafar Shamsuddin,  memberikan pandangan yang sangat menarik.

“Kita jangan melayan kritikan pihak yang kritikal terhadap Amanah, baik dari parti lama dari Umno/BN, mahupun yang keliru dan prejudis. Kita buat kerja kita, kembangkan sayap parti kita dan kita mula rancang jentera dan strategi untuk menghadapi PRU akan datang,” katanya.

Bagi pihak Biro Pilihanraya Amanah Negeri Selangor, katanya, pihaknya sudah bergerak menyusun strategi peringkat negeri dan kawasaan parlimen.

Salah seorang pimpinan Amanah Kedah, Ir. Phakhrurazi Zawawi memberitahu saya, bahawa sambutan Amanah di negeri jelapang besarnya.

Beliau setuju bahawa “Kita jangan sibuk melayan kritikan mereka yang prejudis terhadap Parti Amanah. Kita buat kerja saja untuk memperkukuh parti. Itu saja bahasa yang boleh difaham oleh pihak ini.”

Ramai yang berkongsi pendapat yang sama bahawa semakin teguh dan semakin membesar Parti Amanah, akan semakin ramai yang prejudis dan krital. Ini biasalah, kerana mereka mulai merasakan kesannya.

Ini, kata mereka menunjukkan kehadiran Amanah sudah sangat terserlah. Kalau tidak, kata mereka lagi, masakan mereka sangat runsing akan kehadiran Amanah.

Keesokannya, Majlis Perasmian Wisma Amanah Negara di tengah Ibu kota mendapat sambutan gilang gemilang. Bukan kerana dipenuhi warna orange, warna Parti Amanah, yang kelihatan di mana-mana, tetapi meriah dengan pelbagai acara.

Bukan saja siangnya diisi dengan sidang perwakilkan Amanah, hi-tea, tetapi malam – puncaknya – ceramah umum.

Dengan penubuhan Angkatan Wanita Amanah (Awan) yang dipimpin oleh Dr. Siti Maria Mahmud, penubuhan sayap Pemuda Amanah, penubuhan Arif, badan kebajikan dan keselamatan Parti Amanah yang berada di bawah naungan Presiden Amanah sendiri hampir melengkapkan seluruh struktur parti baru itu.

Arif sendiri sudapun menubuhkan gerak kerja yang dinamakan ‘Peduli Rakyat’ yang mengembelingkan seluruh tenaga Amanah, terutamanya golongan muda, untuk memberikan perkhidmatan sepnuhnya kepada rakyat.

Selain itu, Arif juga berfungsi menjaga keselamatan dan memberi pertolongan kepada masyarakat bila-bila masa.

Dengan dua majlis besar di Selangor dan Wilayah pada 27  dan 28 November lalu itu, yang sebelum itu, majlis sambutan Amanah di setiap negeri, menggambarkaan Parti Amanah sedang berkembang baik.

Beberapa pemimpin dan pendukung yang hadir di dua majlis Amanah itu baru-baru ini memberitahu saya, bahawa “Kami melihat, Parti Amanah, walaupun baru dua bulan lebih umurnya, tetapi kelihatan sudah masuk gear tinggi. Jagalah baik-baik Amanah ini.

Malam itu, saya melihat pemimpin dan pendukung berkongsi gembira atas kejayaan parti baru ini. Bukan saja tergambar di wajah Ustaz Haji Ahmad Awang (Penasihat Amanah), Presidennya, Haji Muhamad Sabu, Timbalannya, Salahudin Ayub,

Setiausaha Agungnya, Anwar Tahir dan seluruh pimpinan serta pendukungnya, tapi juga semuanya kelihatan gembira dan optimis akan masa depan Amanah.

Dirgahayu Amanah, melangkahlah dengan pasti dan penuh yakin. Semoga Allah s.w.t. meredhai usaha mulia ini.

TAGS