Sambutan merdeka tiada makna, Malaysia dipimpin ‘pencuri’

Sambutan merdeka tiada makna, Malaysia dipimpin ‘pencuri’

Isu rasuah, pemunggahan dan rompakan wang negara oleh pemimpin sendiri meletakkan negara di ambang malapetaka kata Ahli Parlimen Pokok Sena Datuk Mahfuz Omar.

Lebih malang lagi kata Mahfuz, sikap Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Razak yang tidak lagi boleh ditegur dan dikritik solah-olah institusi Presiden Umno sudah setaraf dengan institusi Yang Di Pertuan Agong.

“Kekayaan negara bukan dipunggah oleh penjajah seperti dulu tetapi di punggah melalui rompakan oleh pemimpin anak bangsa atas nama patriotisma untuk Mu Malaysia,” ujarnya.

Menurut beliau, ia menjadikan sambutan merdeka ke 59 tahun ini tidak bermakna dengan hanya rakyat dipaksa patriotik kepada pemimpin yang mencuri duit rakyat.

Sedangkan kata Mahfuz, yang berjuang untuk kebaikan negara dan keadilan untuk rakyat dianggap jahat, dicaci maki, dihumban ke dalam pagar besi, dipukul mati dan rakyat tiada lagi dipeduli.

“Kepada rakyat Malaysia seruan saya anak kelahiran merdeka bersama selamatkan Malaysia.

“Jangan biarkan kejahatan mengadili kebaikan, jangan biarkan kepalsuan mengadili kebenaran dan jangan biarkan nasi menjadi bubur,” katanya.

TAGS