Sambutan orang muda dan wanita tambah keyakinan Amanah Kelantan

Sambutan orang muda dan wanita tambah keyakinan Amanah Kelantan

Sambutan meluas golongan muda dan wanita bersama Parti Amanah Negara (Amanah) di Kelantan menambah keyakinan untuk parti itu terus maju bagi mencipta kejayaan.

Sambutan meluas golongan muda dan wanita bersama Parti Amanah Negara (Amanah) di Kelantan menambah keyakinan untuk parti itu terus maju bagi mencipta kejayaan.

Pengerusi Amanah Kelantan, Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah berkata selepas menyempurnakan penubuhan kawasan-kawasan, kini operasi Amanah Kelantan adalah penubuhan cawangan-cawangan di seluruh negeri.

“Saya agak terkejut kerana selain golongan veteran yang menyambut baik kehadiran Amnanah, golongan muda dan wanita turut bersama dengan rancak sekali,” katanya ketika ditemui Malaysia Dateline selepas merasmikan penubuhan Amanah cawangan Gual Tok Deh di Rantau Panjang.

Jawatankuasa baru Amanah cawangan Gual Tok Deh bergambar bersama pimpinan Amanah Kelantan selepas majlis penubuhanMengambil contoh Rantau Panjang beliau berkata, kawasan ini dipimpin sekumpulan anak muda yanmg diketuai seorang doktor muda (Dr. Shah Jahan) dan hari ini saya terkejut apabila cawangan Gual Tok Deh yang dirasmikan ini terdiri dari majoriti golongan wanita.

Datuk Wan Rahim dalam ucapan beliau sebelum itu berkata, walaupun baru setahun ditubuhkan, Amanah kini menjadi parti yang mampu berada di pentas politik negara seiring dengan parti-parti sedia ada.

“Alhamdulillah perlembagaan baru parti Amanah telah diluluskan dan kita mempunyai keyakinan penuh ia akan menjadi kerangka kerja parti Islam yang lebih sesuai dengan perjuangan Islam di masa hadapan,” katanya.

Amanah pada peringkat awal katanya memang ditubuhkan akibat pertembungan antara dua kumpulan dalam Pas, tetapi sekarang parti itu tidak lagi terikat kepada bekas ahli Pas semata-mata.

“Kini parti ini diterima semua kategori masyarakat Islam dari golongan bawahan hingga kepada kumpulan-kumpulan profesional,” katanya.

Menyentuh cadangan bertanding 30 kerusi Dun Kelantan dalam pilihanraya akan datang, beliau berkata perkara itu dibuat hasil kajian dan perbincangan pelbagai pihak.

“Kita bincang hal ini di peringkat pimpinan parti dan juga menerima pandangan daripada badan-badan kajian berwibawa sebelum membuat keputusan,” katanya.

Bagaimanapun kata beliau, cadangan ini belum muktamad kerana keputusan sebenar adalah apabila perundingan pembahagian kerusi antara parti-parti gabungan pembangkang dibuat.

“Saya yakin PRU 14 akan memberi harapan cerah kepada parti-parti bukan Barisan Nasional untuk menang.

“Penubuhan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) bakal memberi faktor baru dan persaingan politik negara,” katanya.

TAGS