Sambutan Thaipusam kembalikan ingatan Kit Siang kepada Karpal dan Nik Aziz

Sambutan Thaipusam kembalikan ingatan Kit Siang kepada Karpal dan Nik Aziz

Setiap kali tibanya sambutah perayaan Thaipusam, akan mengembalikan ingatan Ahli Parlimen Iskandar Puteri Lim Kit Siang kepada dua susuk tubuh rakannya, mendiang Karpal Singh dan Allahyarham Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Kit Siang dalam perutusan sempena sambutan Thaipusam hari ini berkata, Karpal dan Nik Aziz adalah dua ikon hebat untuk Malaysia Baharu selepas Pakatan Harapan menang pilihan raya umum ke-14 lepas.

“Bila tiba perayaan Thaipusam, saya sentiasa ingatkan dua ikon hebat kepada Malaysia Baharu – Karpal Sigh dan Nik Aziz.

“Ketika sambutan Thaipusam pada 2013 Karpal telah berkunjung ke rumah Tok Guru Nik Aziz.

“Menteri Besar Kelantan yang juga Murshyidul Am Pas itu merayakan ulang tahunnya hari lahirnya yang ke-82 di rumah Karpal dan memberikannya sepotong kek hari lahir kepadanya,” ujarnya dalam kenyataan itu.

Kenangan: Kunjungan Nik Aziz pada sambutan Hari Thaipusam pada Januari 2013 manakala Karpal pula mengunjungi rumah Nik Aziz untuk sambutan ulang tahun kelahiran ke-82.

Kit Siang juga mengingati pada tahun itu, akhbar Utusan Malaysia telah memberikan liputan di muka hadapan dengan tajuk: Hari jadi Nik Aziz diraikan di rumah Karpal Sigh.

Dan Karpal Singh pula berkata, “Lebih baik jika dia datang. Walaupun kami berbeza tetapi kami boleh bersama. Perasaan saya sebelum ini cukup berbeza. Ini kerana beliau antara orang yang tidak boleh dibenci kerana keramahannya,”

Pertemuan pada hari lahir itu antara detik terakhir Karpal diingati oleh rakyat Malaysia. Perjuangannya berakhir apabila terbabit dalam kemalangan maut di jalan raya.

Nik Aziz pula telah menyiarkan mengenai kematian Karpal di laman facebooknya dengan berkata:” Perginya seorang tokoh yang berprinsip.”

Kit Siang berkata, biarkan Nik Aziz dan Karpal Sigh menjadi contoh bagi semua rakyat Malaysia untuk mempromosikan keharmonian, semangat muhibah dan toleransi dikalangan rakyat negara ini yang berbilang kaum, agama dan budaya di Malaysia Baharu ini.

“Supaya Malaysia dapat menjadi model keamanan, persefahaman, toleransi dan keharmonian dalam kepelbagaian agama di mata dunia.

“Pada sambutan Thaipusam yang pertama diadakan selepas PRU ke-14 biarkan teladan yang ditunjukkan oleh mendiang Karpal Sigh dan Allahyarahm Nik Aziz menyumbang kepada ketamadunan dan keamanan manusia sejagat .”kata Kit Siang dalam perutusannya itu.