SAMM kecam penahanan terbaru Aduka Teruna

SAMM kecam penahanan terbaru Aduka Teruna

[Sertai Telegram kami untuk berita terikini di t.me/mdateline]

Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) mengecam penahanan seorang aktivis masyarakat di bawah akta hasutan dan menuntut supaya Khairul Nizam atau nama penanya Aduka Taruna dibebaskan segera.

Dalam satu kenyataan media, Pengarah Propaganda SAMM Edy Noor Reduan berkata, pada 28 Disember lalu, Khairul Nizam telah hadir sendiri ke IPD Dang Wangi untuk memberi keterangan namun ditahan semalaman walaupun telah memberi kerjasama dengan baik.

Aduka Taruna“Pagi ini lebih kurang 10 anggota polis menyerbu rumah Khairul Nizam di Kota Bharu dan membawa beliau ke IPK Kelantan. Difahamkan kini Khairul Nizam dalam perjalanan dibawa ke Johor Bahru pula.

Penahanan Khairul Nizam dipercayai mempunyai kaitan dengan tulisan beliau di media sosial berkaitan isu menyentuh pihak istana Johor.

“Setelah diteliti tulisan yang kononnya menyebabkan beliau ditahan di bawah Akta Hasutan, SAMM mendapati ianya adalah satu tulisan yang jujur selain menjadi nasihat yang sangat berguna kepada mana-mana institusi kesultanan. Malah tiada juga unsur-unsur kebencian terhadap mana-mana pihak,” ujar beliau.

Sehubungan itu SAMM menuntut pihak berkewajiban supaya meneliti semula tulisan Khairul Nizam dan membuat tafsiran dengan lebih bijak khususnya dari sudut maksud penulisan beliau.

Edy Noor juga yakin penahanan Khairul Nizam menjadi permulaan penangkapan tahun 2016 selepas puluhan aktivis dan ahli politik menjadi mangsa tangkapan pada 2015.

TAGS