Malaysia Dateline

Sampai bila hendak bergaduh?

Selepas beratus tahun dijajah oleh Portugis, Belanda, Inggeris, Jepun dan Inggeris semula, akhirnya kita berjaya menurunkan bendera Union Jack dan mengkibarkan bendera sendiri pada 31hb Ogos 1957.

Ribuan rakyat Malaya dari berbagai keturunan membanjiri Stadium Merdeka untuk mendengar laungan ‘MERDEKA !!!’ yang dilafazkan oleh Tunku Abdul Rahman Putra Alhaj, Perdana Menteri pertama.

Enam tahun selepas Merdeka satu lagi sejarah tercipta apabila lahirnya sebuah Negara baharu, Malaysia.

Ia adalah hasil gabungan Malaya, Sabah, Sarawak dan Singapura.

Gabungan tersebut mula mengecil apabila pada tahun 1965 Tunku Abdul Rahman mengeluarkan Singapura dari gagasan tersebut.

Pada 13hb Mei 1969 iaitu hanya 12 tahun selepas merdeka, negara dikejutkan dengan pergaduhan kaum.

Mengikut Tunku dalam tulisannya di ruangan ‘As I See It’ di akhbar The Star, peristiwa 13 Mei 1969 itu adalah satu rampasan kuasa yang dirancang begitu rapi oleh Tun Razak dengan dibantu oleh beberapa pemimpin Umno bagi mengambil alih tampuk kepimpinan daripada beliau.

Perkara ini pernah diceritakan sendiri oleh Tun Ghazali Shafie (arwah) kepada saya dan beberapa orang EXCO Pemuda Umno yang diketuai oleh Anwar Ibrahim semasa kami membuat kunjung hormat terhadapnya.

Atas cadangan Tun Razak, Dr. Mahathir yang ketika itu baru berusia 43 tahun telah bersetuju meminta Tunku Abdul Rahman berundur melalui seutus suratnya.

‘Rampasan Kuasa’ itu yang mengakibatkan ratusan nyawa yang tak bersalah terkorban TERPAKSA dilakukan kerana ketika itu berkemungkinan Tun Razak, dan hanya beliau sahaja tahu yang beliau sedang menghidapi satu jenis penyakit yang boleh membawa maut.

Bagi membalas budi, selepas dilantik sebagai Perdana Menteri menggantikan Tunku, Dr. Mahathir telah diterima masuk semula sebagai ahli Umno dan dilantik sebagai Menteri Pelajaran.

Tun Razak menjawat jawatan Perdana Menteri kedua tidak lama, hanya 5 tahun sahaja.

Bagi menutup cerita sebenar, jalan mudah yang mereka ambil ialah dengan menyalahkan DAP yang diketuai oleh Lim Kit Siang dan masyarakat Cina kononnya merekalah yang memulakan peristiwa berdarah 13 Mei 1969 itu.

Selepas meninggal dunia, Tun Hussain Onn dipilih sebagai Perdana Menteri ke-3 dan diikuti oleh Dr. Mahathir kemudiannya selama 22 tahun.

Tun Mahathir yang bersara secara sukarela digantikan oleh Abdullah Badawi dan selepas itu, Najib Tun Razak.

Bagi menyelamatkan negara daripada amalan rasuah, salahguna kuasa dan rompakan harta rakyat dan negara yang begitu buas dan berterusan oleh Najib dan Rosmah, Tun Dr. Mahathir TIDAK ADA PILIHAN melainkan menerima tanggungjawab untuk menyelamatkan negara.

Disebabkan penglibatan dan kepercayaan rakyat terhadap kepimpinan Tunlah, maka buat pertama kali dalam sejarah, Umno dan BN yang telah berkuasa selama 61 tahun dan selepas 13 kali Pilihan Raya Umum, dapat dikalahkan sedangkan beberapa usaha menggantikan Umno-BN sebelum ini tidak pernah berjaya.

Justeru mulai 10hb Mei 2018 pada usia 93 tahun Tun Dr. Mahathir Mohamad diangkat semula sebagai Perdana Menteri buat kali kedua menggantikan Najib yang 30 tahun lebih muda daripada beliau.

Walaupun Tun merupakan pemimpin yang tertua sekali dalam kalangan pemimpin-pemimpin dunia yang lain namun kita sepatutnya berbangga dan bersyukur kerana beliau masih bertenaga dan tidak nyanyuk seperti tuduhan-tuduhan yang dilemparkan Najib dan pemakan-pemakan dedaknya menjelang pilihan raya yang lepas.

Bukan senang membaik pulih rumah yang hampir menyembah bumi dek dimakan oleh anai-anai.

Setelah dikalahkan dengan teruk dalam peperangan dunia kedua, Jepun dan Jerman kini merupakan negara terkuat dari segi ekonominya; ini kerana rakyat di sana tekad untuk bersatu memulihkan semula negara mereka.

Bukankah kita pernah bersatu menuntut kemerdekaan dari British dahulu?

Malangnya isu perkauman dan agama masih dijadikan modal oleh pembangkang khasnya Umno dan Pas bagi meraih sokongan tanpa mengambil kira apa yang akan berlaku terhadap negara – mereka hanya mementingkan nafsu diri asalkan mereka dapat merampas semula kuasa yang telah terlepas dari genggaman.

Bagi menyelamatkan diri dari merengkok di dalam penjara, Najib, Zahid Hamidi dan beberapa pemimpin Umno lain yang sedang dan akan menghadapi berbagai pertuduhan jenayah dan penyelewangan semasa mereka berkuasa dahulu ialah dengan cuba menumbangkan Tun dengan menggantikannya dengan orang lain yang mungkin ‘Membaling Batu Sembunyi Tangan’.

Hadi pula sedang berangan-angan jawatan Timbalan Perdana Menteri jika tidak Perdana Menteri kononnya dengan menggunakan isu keagamaan, mereka dengan bantun Umno dan beberapa orang tertentu sama ada yang di luar PH mahun pun yang memegang jawatan tertentu dalam PH boleh menumbangkan Tun dengan sekelip mata.

Zahid, Hadi dan beberapa orang kanan mereka tidak berhenti-henti membakar semangat rakyat Melayu bagi berhimpun beramai-ramai pada 8hb Disember ini untuk membantah Kerajaan PH atas alasan kononnya ICERD yang akan menghapuskan hak istimewa orang Melayu, Bahasa dan Raja-Raja Melayu akan dilaksanakan sedangkan Kerajaan telah memutuskan TIDAK AKAN menandatangi deklarasi tersebut.

Polis harus berani dan bertegas – tangkap sahaja mereka ini khasnya Zahid dan Hadi sebelum nasi menjadi bubur; jika tidak lebih banyak lagi insiden yang melibatkan perkauman akan terus berlaku.

Apa untungnya kita rakyat Malaysia terus bergaduh dan bermusuhan sesama sendiri?

Negara ini bukan dipunyai oleh orang Melayu sahaja; rakyat asal negara ini ialah orang Asli bukan Melayu, Cina dan India?

JANGAN TERLALU EMOSI DENGAN MENGAMBIL JALAN MUDAH MENYALAHKAN ORANG LAIN ATAS KELEMAHAN DAN KEGAGALAN KITA SENDIRI.

ALLAH S.W.T menjadikan kita berbagai-bagai kaum dan bangsa supaya kita saling hormat menghormati dan bantu membantu di antara satu sama lain.

Terserahlah pada pembaca menilai pandangan saya ini.