Malaysia Dateline

Sampai hati Sepang tidak turut dinamakan sertai MN, kata Hanipa

Ahli Jawatankuasa Pimpinan AMANAH Nasional, Mohamed Hanipa Maidin secara sinis memberi reaksi terhadap dakwaan kononnya enam Ahli Parlimen AMANAH dijangka akan keluar parti untuk bersama Bersatu menyertai Muafakat Nasional (MN).

“Sampai hati depa tak sebut Kota Raja, Shah Alam, Parit Buntar, Pokok Sena dan Sepang. Tak baik tau!” katanya.

Semalam, desas-desus mendakwa Timbalan Presiden AMANAH, Datuk Seri Salahuddin Ayub yang juga Ahli Parlimen Pulai mengetuai kumpulan tersebut.

Turut serta kononnya Datuk Hasanuddin Mohd Yunus (Hulu Langat), Datuk Dr Hasan Baharom (Tampin), Datuk Mohd Anuar Tahir (Temerloh), Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad (Kuala Selangor) dan Datuk Dr Mohd Hatta Ramli (Lumut).

Sebuah laman web dari Terengganu melaporkan, enam Ahli Parlimen AMANAH dijangka akan keluar parti untuk bersama Bersatu menyertai Muafakat Nasional.

Difahamkan, kumpulan itu akan diketuai bekas Menteri, YB Salahuddin Ayub yang juga Ahli Parlimen Pulai.

Selain itu, YB Hasanuddin Mohd Yunus (Hulu Langat), YB Dr Hasan Baharom (Tampin), YB Mohd Anuar Tahir (Temerloh), YB Dr Dzulkefly Ahmad (Kuala Selangor) dan YB Dr Mohd Hatta Ramli (Lumut) disebut-sebut akan turut menyertai Bersatu.

Sementara itu, penyertaan seorang lagi Ahli Parlimen Amanah iaitu YB Mahfuz Omar (Pokok Sena) tidak diterima oleh pihak Bersatu kerana difahamkan beliau meletakkan syarat mahu kekal sebagai calon di parlimen tersebut pada PRU ke 15.