“Sampai sekarang aku ingat hinaan mak mentua, dia siap buat majlis nak meminang isteri kedua untuk suami”

Oleh MAISARAH AISYA

Berkahwinlah bila diri benar-benar bersedia dan tahu apa itu tanggungjawab, kerana perkahwinan adalah lebih daripada sekadar menghalalkan hubungan.

Ditambah pula selepas berkahwin, jangan pernah libatkan keluarga mentua dalam isu yang melanda diri dan pasangan.

Seorang wanita kecewa apabila dirinya dihina selepas memilih untuk mengabdikan diri sebagai isteri dan seorang ibu namun dipandang rendah oleh keluarga mentua.

Di bawah adalah kisah tersebut.

Aku berkahwin dengan pilihan hati di kalau usia baru menjengah 20 tahun dan sudah dikurniakan dua orang anak.

Suami pada mulanya hanya berniaga kecil-kecil, kami mula menyewa untuk hidup berdikari, awal kahwin memang indah tapi itu semua sementara.

Lepas berkahwin aku memang fikir akan keluarga, aku tak berhubung dengan kawan-kawan, aku yang bekerja di suruh berhenti maka terpaksalah aku bergantung dengan suami sahaja.

Tapi keluarga mentua pula tak suka, katanya aku hanya menghabiskan duit anaknya sahaja, suami pula hanya mendiamkan diri bila aku dihina.

Tak cukup tu mentua cakap dia nak carikan calon isteri lain, sepupu suami sendiri nak dijodohkan dengannya.

Waktu anak berumur setahun lima bulan suami mula buat perangai, disaat perniagaan dia mula berkembang, dia kerap pulang lewat dan terus tak ambil tahu hal kami anak beranak.

Hidup tertekan dengan perubahan daripada suami. Namun tanggunjawab sebagai isteri masih aku laksanaan tanpa membantah.

Sehinggalah aku dapat tahu suami ingin berkahwin lagi. Perkara yang paling ditakuti buat semua. Wanita kelantan yang menjadi pilihan keluarganya.

Itu semua terbongkar bila kawan perempuan itu memberitahu aku. Sehinggakan sanggup menipu, katanya maksakit dan ingin pulang ke kampung. Rupanya nak bawa wanita itu berjumpa keluarganya.

Bagaikan jantung aku ingin tercabut, sakit hati dan marah dan untuk kepastian aku telefon ibunya bertanyakan perkhabaran tersebut, sekali lagi air mata ku tak berhenti henti turun.

Mak mentua ketawa dan mengaku ia adalah benar, semua persiapan sudah dibuat dan aku rasa sangat terhina.

Walaupun suamiku sudah memohon maaf tapi perangai dia masih tetap sama, aku sebagai isteri yang tak punya apa-apa memaafkan dia tanpa rela.

Keluar pagi tengah malam baru balik, kadang tu terus tak balik-balik. Makan minum aku dan anak terabai. 10 tahun aku menahan derita bersuamikan dia..

Sepak terajang menjadi mainan dia. Aku dijadikan tempat melepaskan geram. Air mata dan anak peneman aku, anak-anak penguat semangat ku untuk terus hidup..

Aku tak tahu dari mane semangat ku datang, mungkin selepas bertahun dihina, akhirnya aku bangun mengejar cita-citaku yang terbengkalai dulu. Aku berniaga online.

Daripada wanita busuk bawang dan buruk katanye dulu, aku bertukar menjadi wanita berjaya hinggakan aku punya kereta, rumah dan duit dan segalanya.

Sekarang aku sudah pandai pasang badan, maklumlah anak pun dah bersekolah. Banyak masa untuk aku uruskan diri. betul pepatah mengatakan kalu nak bini cantik suaminya haruslah keluarkan duit.

Kalau dulu sebatang lipstik pun dia kedekut nak hulurkan duit macam mana nak isterinya cantik.

Daripada menantu yang tak berguna dah menjadi menantu yang paling diharapkan. Tapi kesakitan hati ku masih ku tak lupakan.

Aku bukan pendendam tapi penghinaan dari keluarganya akan aku ingat sampai bila-bila. Ketawa ibunya masihku terdengar-dengar.

Mungkin balasan daripada Allah. Segala perniagaan ditarik dan dia tiada apa-apa sekarang namun aku masih setia bersamanya

Sekarang hati aku dah tawar. Andai kata dia nak berkahwin sekali pun, aku akan izinkan.

Baca juga: Anak terkilan rasa diperguna ibu bapa, baru mula kerja dah rancang nak ‘katok’ duit