Malaysia Dateline

Sampai ternganga ikan tu semua kena kelentong, aksi pemuda ini buat warganet terhibur

Aksi seorang pemuda seolah-olah mengadu masalah dihadapinya kepada sejumlah ikan bersaiz besar di sebuah akuarium buat warganet terhibur.

Apa tidaknya. Sampai ternganga ikan itu semua kena kelentong. Itu antara reaksi warganet mengulas rakaman video pendek yang tular di media sosial.

Lebih menambah kelucuan warganet apabila video ringkas itu berlatar belakangkan lagu dari seberang bertajuk, “Sedih Kalo Diceritain Mah” nyanyian Si Alan.

“Luahkan perasaan pada ikan. Nescaya dia tak ceritakan pada orang lain,” seloroh Zarina Harun.

Sementara itu, Norlizawati Othman menulis, “Tekun ikan-ikan tu mendengar luahan hati kau bang. Ya lah, kalau tak diluah boleh jadi gila meroyan.”

Keadaan fizikal ikan dalam akuarium itu ketika pemuda berkenaan dilihat bercakap-cakap di hadapan mereka turut menggeletek perasaan warganet.

“Muka (ikan) sedih tu, kira faham lah tu,” ujar Abd Halim.

Tidak kurang pula yang ‘sedih’ melihat rupa ikan tersebut.

“Aku lagi sedih tengok muka ikan tu. Macam nak nangis sebab tak faham 😁,” kata Ismail Omar.

Hal sama dibangkitkan Badariah Bakar yang berpendapat, “memang betul tak faham ni sampai ternganga mulut ikan tu.”

Dalam masa sama, ada yang menganggap ikan-ikan dalam akuarium itu sedang kelaparan dan berharap pemuda berkenaan memberikan makanan.

Baca juga Fokus simpan saja emas, ini tips pakar ketika ringgit boleh jadi sehelai kertas tak bernilai

Baca juga 5 jenis simpanan duit anak-anak, ibu bapa kena tahu