Malaysia Dateline

  • Berita
  • Negeri
  • Rencana
  • Kolumnis
  • Antarabangsa
  • Pencerahan
  • DatelineTV
  • Sumbangan
  • Hubungi Kami
Malaysia Dateline
Sanders menang pemilihan Demokrat di New Hampshire

Sanders menang pemilihan Demokrat di New Hampshire

BernamaFebruary 12, 2020 4:06 pm




Senator Bernie Sanders dari Vermont, pada Selasa diumum memenangi pemilihan peringkat parti Demokrat di New Hampshire, dalam usahanya untuk menjadi calon merebut jawatan presiden Amerika Syarikat, lapor agensi berita Anadolu.

Dengan hampir 90 peratus laporan daripada pusat penjumlahan, Sanders memperoleh lebih 26 peratus undi.

Bekas Datuk Bandar South Bend Indiana Pete Buttigieg pula mendapat 24 peratus undi dan Senator Minnesota Amy Klobuchar 20 peratus, menurut ABC News.

Bercakap di New Hampshire, Sanders mengucapkan terima kasih kepada penyokongnya “untuk kemenangan besar” itu.

“Kemenangan di sini malam ini petanda awal berakhirnya Donald Trump,” katanya.

Senator Elizabeth Warren dan bekas Naib Presiden Joe Biden berada di belakang, apabila memperoleh kurang 10 peratus undi.

Pemilihan itu diadakan selepas seminggu kokus Iowa.– BERNAMA

 

 

malaysiadateline.com adalah portal berita percuma yang menyajikan naratif luhur untuk pembaca budiman.

Sumbangan anda adalah penting untuk kelangsungan portal ini. Sila klik butang ‘support us’ dan sumbangan anda adalah sangat dihargai.

 





widget-image
widget-image

Popular

Peniaga pisang goreng anggap timbalan menteri “agak kurang sopan”

Annuar sahkan Anwar cukup sokongan jadi PM?

Darurat untuk selamatkan kerajaan yang sudah jatuh?

Rakyat Kelantan bina jambatan guna batang kayu, duit kerajaan negeri beli Mercedes Benz

PENDAPAT: PN bercempera pun salah DAP

Terkini

Kos RM35.4 juta boleh buat ujian swab lebih 500,000 rakyat Malaysia

Pejabat PM sahkan RM35 juta untuk projek bina 3 dewan bukan 1 dewan

Hanipa minta gerai jual burger dibuka hingga jam 12 malam

Vaksin COVID-19: Khairy kecewakan rakyat Malaysia

4,029 kes baru tertinggi direkodkan hari ini

Malaysia Dateline
Terima Kasih kerana mengunjungi kami.
SEARCH SOMETHING
© 2017 Malaysia Dateline. All rights reserved. Designed by Media Oren Production