Malaysia Dateline

Sang Kelembai terus bangkitkan isu ulama di kelab malam

Veteran Umno, Datuk Zaharin Mohd Yasin atau turut dikenali sebagai Sang Kelembai terus membangkitkan isu seorang ulama berpengaruh yang didakwa berhibur di kelab malam.

Sejak 2 Mei lalu, Ketua Umno Cawangan di Kuala Lumpur itu menyebut nama tokoh berkenaan berserta klip video yang kononnya bukti ulama Melayu pertama mengajar di sebuah universiti termasyhur di dunia itu berada di sebuah pusat hiburan.

“Sama tak baju dan seluar dalam kelab malam untuk berdakwah itu? Dan cincin mesti pakai jari kelingking. Tumpang tanya saja,” katanya dalam hantaran di Facebook semalam.

Bahkan, kelmarin, Sang Kelembai berkongsikan dua foto menampilkan agamawan yang juga Ahli Majlis Agama Islam sebuah negeri dengan komentar bernada sindiran.

“Dalam agama Kristian, sembahyang di gereja mesti diiringkan dengan seorang pemain piano untuk menyanyikan lagu-lagu rohani.

“Tanpa prejudis agaknya ini antara kajian Phd dalam Falasafah dan Akidah Kristian oleh mamat ini. Dan selepas itu berdakwah dengan mana-mana orang yang minum arak,” kata Zaharin.

Bagaimanapun, warganet mempersoal dakwaan Zaharin termasuk penganut Kristian berhubung iringan piano di gereja.

“Iringan piano tak ada kena mengena dgn sembahyang di gereja. Allahyarham Tan Sri P. Ramlee pun pandai main piano, contoh lagu Getaran Jiwa. Tak kan P Ramlee Kristian kot?” kata Albert Lim.

Malah, dakwaan Zaharin terhadap tokoh yang boleh berkomunikasi dalam tujuh bahasa dan berpengaruh di istana itu bagaimanapun disangkal banyak pihak selain ada juga yang menyokongnya.

Warganet berpendapat individu dalam klip video yang ditularkan itu bagaimanapun memiliki beberapa ciri fizikal yang tidak serupa dengan tokoh yang didakwa Zaharin.

Antara ciri yang berbeza antara individu dalam klip video kelab malam dengan tokoh didakwa Zaharin

Baca Elak muflis di akhirat, lawanlah fikrah bukan aib