Sanggup aniaya orang demi makanan percuma, rider dedah taktik licik pelanggan

Oleh KIM SYAZIE

Berang sering diperdaya, seorang lelaki yang bekerja sebagai penghantar makanan tekad mahu mendedahkan taktik licik pelanggan.

Ingin bersemuka dengan pelaku, lelaki itu berhasrat mahu memberi amaran kepada pelanggan tersebut untuk tidak mengulangi kesalahan yang sama.

Difahamkan, lelaki itu mulanya menerima satu tempahan menerusi aplikasi untuk menghantar makanan di sebuah kondominium di Puchong, Selangor.

Pelanggan yang memilih kaedah bayaran secara tunai (COD) itu memberi arahan supaya ‘rider’ meninggalkan pesanan di lobi kediaman.

Apabila sudah sampai ke destinasi, pelanggan kemudian membatalkan pesanan di dalam aplikasi agar makanan tersebut tidak perlu dibayar. 

Pelanggan itu tetap datang ke lobi untuk mengambil atau ‘mencuri’ makanan itu tanpa menduga rider tersebut sedang menyorok untuk menangkapnya.

Rider sudah letak dan jalan, anda batal pesanan. Kami yang akan digantung tiga hari, tak boleh cari makan. Kalau dah batal, tak boleh ambil makanan.

“Awak batal tempahan, tetapi turun lobi untuk ambil makanan. Saya tunggu awak turun bawah. Telefon tak boleh hubungi, nombor rumah tak letak.

“Cakap ada dekat luar dan suruh saya letak di lobi. Tetapi sebenarnya ada dekat atas (dalam rumah),” tegurnya sambil merakam pertemuan itu.

Menerusi rakaman tersebut, pelanggan berkenaan telah menggunakan taktik itu sebanyak tiga kali di hari yang sama dia dicekup.

Difahamkan, kelemahan aplikasi akan menyebabkan rider digantung sekiranya pelanggan membatalkan pesanan untuk beberapa kali.

Sekiranya digantung, rider atau pengantar makanan ini tidak akan menerima sebarang tempahan sekaligus menyekat pendapatan mereka.

Mengaku menyesal dan tidak akan mengulangi perbuatannya, pelanggan berkenaan meminta agar rider tersebut tidak membuat laporan polis.

Baca juga: “Nama makin naik”, Boy Iman bangga diri semakin popular selepas didakwa menipu