Malaysia Dateline

‘Sanggup berhutang nak beli iPhone, ramai lagi kaya tapi diam-diam saja’, aksi lakonan ini ‘makan dalam’

Aksi lakonan ‘makan dalam’ memaparkan seorang gadis menunjuk-nunjuk dia memiliki iPhone menarik perhatian warganet.

Ramai berpendapat terdapat golongan muda yang sanggup berhutang untuk membeli telefon keluaran gergasi teknologi APPLE Inc itu.

“Apapun handphone hutang, demi sesuap riak,” kata seorang netizen merujuk pada jenama yang terkenal dengan mutu tinggi daripada segi grafik dan kedalaman imej itu.

Sikap menunjuk-nunjuk hanya kerana memiliki telefon pintar yang menggunakan cip berkuasa tinggi itu juga dianggap tidak padan dengan status golongan berpendapatan 40 peratus terendah (B40).

“Kalau boleh notification nak sekuat alam. Selagi tak tegur selagi tu dia dok ting ting,” kata Zati Farhana.

Ada juga perangai sesetengah anak muda yang memakai telefon mahal tetapi sakan menggunakan sambungan WiFi awam.

Phone mahal-mahal lepak kedai mamak, mintak WiFi, call member pula guna WhatsApp,” tempelak Izzamir Ibrahim.

Dalam masa sama, kalangan warganet turut memberitahu bahawa telefon pintar Android sekarang ada yang lebih mahal daripada iPhone.

Malah, telefon Android juga mempunyai pelbagai fungsi termasuk kepantasan pemprosesan dan cip prosesor grafik yang lebih berprestasi.

Baca juga ‘Seram’ darjah dua sakan bercinta, ibu bapa mesti periksa telefon anak

Baca juga Telefon pintar overheat? Jangan panik, ini yang patut anda lakukan