Bercinta dengan suami orang ini kadangkala lebih banyak sakit berbanding bahagia kerana kita akan sentiasa menjadi pilihan kedua.
Walaupun dengan fakta tersebut, ramai selesa memilih lelaki yang sudah berkahwin atas alasan mereka lebih bertanggungjawab.
Gara-gara asyik bercinta, seorang wanita sanggup tinggal keluarga demi kekasih yang sudah berkahwin.
Kisah wanita itu tular di media sosial China dek kerana perkahwinan tersebut hanya bertahan sehari sahaja.
Menurut portal Detik, wanita bernama Tieu My itu dilahirkan pada tahun 2000 dan dilaporkan pergi ke wilayah Shandong untuk mencari kerja.
Kisah pasangan tersebut bermula apabila wang Tieu My dilaporkan hilang selepas menerima gaji dan lelaki tersebut membantunya.
Selepas lama mengenali hati budi maka bermulalah episod cinta hingga akhirnya mereka memutuskan untuk berkahwin.
Namun perkahwinan tersebut dilarang oleh ibu bapa Tiew My selepas mengetahui lelaki tersebut sudah beristeri.
Bagaimanapun Tiew My tidak mengendahkan larangan tersebut dan meneruskan perkahwinannya.
Tetapi perkahwinan tersebut hanya bertahan selama sehari selepas dia diceraikan selepas bertengkar kerana isteri pertama lelaki tersebut mengandung.
Itulah penting dengar cakap ibu bapa, ia untuk menghalang daripada terjadinya satu hal di lain hari.
Baca juga: “Aku saksi lihat seorang isteri menagih kasih suami, sehingga tubuhnya kaku, semua sebab poligami…”