Bab elektrik jangan dibuat main, satu kesalahan boleh sebabkan litar pintas, bukan setakat harta sahaja, nyawa pun boleh melayang.
Tapi ada juga yang mengambil ringan soal upah kepada tukang baiki, masa telefon bukan main lagi gelabah bila nak bayar bagi macam-macam alasan.
Memang benar, kadang-kadangtukang baiki tidak menukar mana-mana bahagian dan hanya membetulkan wayar, tapi lihat dari mana dia datang untuk kecemasan tersebut
Menerusi Facebook Klinik Sejuk Beku, tukang baiki tersebut memaklumkan dia menerima panggilan pelanggan yang merayunya untuk datang kerana penyejuk tidak berfungsi.
“Dugaan aku hari ni, pelanggan telefon merayu minta datang segera check Chiller On trip satu rumah dan ada Banyak kek dan minta datang segera sebab takut rosak.
“Aku pun dengan rasa simpati pusing jadual kerja untuk bantu pelanggan yang kalut tadi, supaya kek tak rosak..
“Perjalanan pergi dalam 34 kilometer (km) lah juga jarak aku dengan rumah pelanggan tu, pergi balik dah 68km,” ujarnya di Facebook.
Apabila sampai sahaja dia menggunakan kepakaran untuk mengesan di mana ada kerosakkan atau bahagian yang tidak menerima elektrik.
“Sampai je kita check satu persatu cable wiring chiller tu mengunakan Multimeter Sanwa tak mahal pun rm1++ saja tapi tak jumpa short.
“Jadi aku pakai Continuity Tester meter harga dalam RM1k lebih sikit saja, cuba cari short baru lah jumpa short dekat mana…
“Jadi untuk selamatkan kek pelanggan tu, aku baiki dan buang yang short tu, chiller pun boleh beroperasi semula. Lepas tu aku minta lah upah untuk datang
“Troubleshooting dengan Repair Rm150 saja tapi pelanggan cakap mahal siap cakap bukan tukar barang yang mahal,” tambahnya.
Pelanggan bayar RM20 sahaja
Disebabkan itu dia minta pelanggan menilai kerja-kerja yang dilakukan dengan berpanas buat kerja, datang jauh, tapi yang dibayar hanyalah RM20.
“Aku terus terkedu dengan perangai pelanggan, aku suruh dia nilai sendiri kerja-kerja aku yang panas bawah bumbung sampai seluar dalam pun basah.
Pelanggan pergi masuk dalam bilik keluar, tengok hulur sebanyak Rm20 saja, maka aku ambil dengan senyuman yang kurang ikhlas.
“Balik sambil memandu terfikir, kepakaran bermain dengan Elektrik Short silap langkah hilang nyawa hanya dibayar sebanyak RM20 saja.
“Aku pun bersangka baik lah, mungkin ujian dari Allah nak bagi rezeki yang lebih baik dan terbaik di masa akan datang,” ujarnya.
Baca juga: Instagram penulis surat layang kes Zulfarhan diserbu, dihujani doa dan ucapan terima kasih