“Sanggup suami ‘uninstall’ aplikasi setiap kali balik rumah, kantoi segala mesej lucah dengan perempuan lain”

Oleh MAISARAH AISYA

Bukan senang nak tinggal perangai semasa hidup bujang selepas berkahwin tapi sebolehnya cubalah berubah.

Ini tidak, sudah berkahwin pun masih juga nak cari yang haram sedangkan pasangan halal ada di rumah untuk penuhi tuntutan batin.

Seorang wanita kecewa selepas mengetahui suami sering melihat bahan pornografi serta mesej lucah dengan perempuan tidak dikenali.

Di bawah adalah kisah yang diambil dari portal luahan perasaan atas talian.

Aku baru umur 26 tahun manakala suami aku 27 tahun. Suami seorang penjawat awam di sektor kerajaan.

Aku pula seorang suri rumah tangga buat masa sekarang dan aku merancang nak cari kerja pada waktu yang terdekat ini.

Kami berdua telah mendirikan rumah tangga selama setahun lebih tapi belum dikurniakan anak.

Pada awal perkahwinan dulu aku sangat mengharapkan malaikat kecil hadir dalam rahim aku tapi sekarang aku dah tak mengharapkan apa-apa kerana kesal dengan perbuatan suami.

Suami aku sangat ‘tersangatlah’ baik melayan aku di rumah. Kerja-kerja rumah juga dia turut bantu, dia pasti akan buat dan tak marah. Baju kerja dia, aku akan gosok setiap malam.

Suami juga tak berkira bab makan walaupun aku nak makan apa sekalipun. Hujung minggu suami suka bawa aku pergi jalan-jalan.

Dia sanggup tak keluar dengan kawan dia semata-mata sebab nak teman aku pada hujung minggu.

Kalau hari bekerja suami tak kisah kalau aku cakap aku penat nak masak dan ajak makan luar. Bab nafkah suami memang top dan dia menjalankan tanggungjawab sebagai seorang suami.

Langit tak selalunya cerah, inilah masalah dalam rumahtangga aku sejak awal perkahwinan kami hingga kini. Aku seorang yang suka check fon suami dari A sampai Z.

Masa pertunangan dulu aku tak pernah check telefon sebab kami jarang jumpa dan aku tak sempat nak check dia punya fon.

Aku tak syak apa-apa yang negatif terhadap suami aku disebabkan dia sentiasa update aktiviti dia melalui whatsapp aku yang boleh dikatakan 24 jam.

Belum sebulan kahwin dah kantoi

Maka terkantoilah pada usia perkahwinan kami yang tak mencecah sebulan lagi. Inai dijari juga masih belum hilang dengan sempurna.

Suami suka follow perempuan seksi dekat media sosial malah siap simpan lagi sampailah satu hari aku mengamuk dan untuk seketika dia berubah.

Suami rupanya terlibat dengan video pornografi dan aku check google history boleh dikatakan dia layan semua benda tu ditempat kerja dia.

Kerja dia ada banyak waktu terluang dan dekat rumah juga ada waktu aku tidur dia akan layan pornografi.

Aku tak tahu apa yang dia suka sangat tengok pornografi. Aku ada nampak perubahan dia, kat rumah dia dah kurang tengok pornografi.

Kami asyik gaduh hal ini je dalam rumah tangga kami. Alhamdulillah yang lain semua okay termasuklah keluarga mentua, masalah ekonomi pon kami tak diuji.

Aku dah penat menangis dan mohon bantuan daripada Allah S.W.T dan waktu dia tidur aku akan gosokkan rambut suami dan tiupkan surah Al-Fatihah supaya suami berubah.

Ada tak ayat yang khusus untuk lembutkan hati suami. Aku buntu, aku tak ada tempat meluah masalah aku sebab aku tak nak buka aib suami.

Aku boleh dikatakan stress dan serabut memikirkan masalah rumah tangga aku dan aku pernah berfikir nak bercerai,

Dan pernah sekali kami hampir bercerai disebabkan aku meraung teresak-esak tapi aku cuba tenangkan diri dan suami supaya berfikir dengan waras sebab tempoh perkahwinan kami masih setahun jagung.

Baru-baru ini terkantoi suami rupanya main aplikasi ni belakang aku. Sumpah aku tak sangka rupanya dia main untuk chat-chat lucah dengan betina dalam tu. 

Suami download aplikasi tu waktu kerja, balik kerja dia akan uninstall, bila aku download dalam telefon dia senyap, aku nampak segala chat lucah yang tak sempat balas.

Tapi kali ini aku dah tak nangis dan tak meraung macam dulu lagi. Aku nak tengok sejauh mana pembohongan suami aku.

Sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah jua. Segala bukti aku dah simpan secara rapi sekiranya aku dah tak tahan nak hadap.

Baca juga: “Aku tangkap suami curang keluar hotel dengan baju kusut, paling sakit bila kakak aku keluar dari bilik sama”