Malaysia Dateline

Santesh hiburkan rakyat dengan mesej perangi Covid-19

Dalam keadaan rakyat Malaysia resah ‘dikurung’ sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), muncul penghibur tanah air yang menggubah lagu nasihat dalam usaha memerangi Covid-19.

Penyanyi yang pernah hangat dengan lagu Amalina, Shantesh Kumar, 32, menghasilan lagu tentang wabak itu yang berdurasi selama empat minit.

Rakaman audio dengan dilatari petikan klip video dari beberapa filem Tamil itu kemudiannya dimuatnaik di media sosial.

Menggunakan bahasa Melayu dan diselangi sedikit bahasa Inggeris, lagu tersebut menasihatkan orang ramai agar jangan merayau serta mencuci tangan.

“Ini dia Covid story jangan panik dengar sini. Kalau mahu dengar, kalau tak dengar baik kamu mati,” sinisnya.

Shantesh juga mengingatkan usah pentingkan diri agar situasi wabak di Malaysia tidak mengulang apa yang berlaku di Wuhan, China.

Mengajak rakyat negara ini agar mematuhi undang-undang dalam berdepan ancaman wabak ini, beliau mengaitkan amalan murni tersebut sebagai budaya orang Malaysia.

“Pakai mask itu tambi (panggilan untuk yang berpangkat adik),” pesan Santesh lagi sambil menyifatkan hidup ini adalah singat lantas perlu pastikan diri sihat dan gembira.