Saranan wujudkan ‘ombudsman’ tangani salah laku penjawat awam

Saranan wujudkan ‘ombudsman’ tangani salah laku penjawat awam

Kerajaan disaran mewujudkan sistem ‘ombudsman’ bagi menangani masalah salah laku dalam kalangan penjawat awam termasuk pihak berkuasa.

Aktivis sosial, Tan Sri Lee Lam Thye berkata ombudsman boleh menjadi rakan dan pelindung rakyat yang diamanahkan untuk menyiasat dakwaan salah laku berkenaan.

“Sudah tiba masanya Biro Pengaduan Awam dinaik taraf dan diwujudkan sistem ombudsman untuk menyelesaikan aduan orang awam terhadap pihak yang melakukan salah laku.

“Ini seperti yang telah dilaksanakan di beberapa negara maju seperti Sweden dan New Zealand,” katanya kepada pemberita pada majlis berbuka puasa anjuran Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negara (NIOSH) bersama media, di sini malam ini.

Lee, yang juga pengerusi NIOSH, berkata pewujudan ombudsman sangat penting bagi memperbetul kelemahan, ketirisan dan rasuah dalam pentadbiran kerajaan.

Dalam pada itu, beliau menyokong langkah mengurangkan 10 peratus gaji jemaah menteri seperti yang diumumkan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini.

“Ia merupakan suatu permulaan yang baik. Langkah tersebut diharap dapat mengurangkan perbelanjaan kerajaan dan membantu kedudukan kewangan negara,” katanya

6.0
OVERALL SCORE
: 6.0
Have no any user vote