Malaysia Dateline

Sarawak belanja RM1.5 bilion, Terengganu bila pula mahu bantu rakyat

Kerajaan negeri Terengganu diminta menyediakan iniasitif khusus untuk rakyat negeri itu bagi melawan kesan dari Covid-19 dengan menggunakan sumber bayaran kewangan dari minyak dan gasnya.

Pengerusi AMANAH Pakatan Harapan Terengganu, Datuk Raja Kamarul Bahrin berkata, kerajaan negeri Terengganu sepatutnya mencontohi Kerajaan Sarawak, sebuah negeri pengeluar minyak dan gas utama, yang telah mengumumkan RM1.5 billion di bawah ‘Pakej Bantuan Khas Sarawakku Sayang’ untuk rakyat Sarawak yang patut di puji.

“Apakah pula perancangan negeri pengeluar minyak dan gas Terengganu yang di gelar Kuwait Malaysia?

“Sehingga kini tidak kedengaran cadangan yang menyeluruh. Terengganu bersama dengan Serawak di antara empat negeri rakyat yang termiskin di Malaysia,” kata bekas Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan itu.

Katanya, seperti juga Serawak, Terengganu merupakan negeri yang kaya minyak dan gas sementara rakyatnya di antara termiskin di Malaysia.

Setiap tahun royalti minyaknya mencecah RM1.4 billion dan baru-baru ini Terengganu telah menerima anugerah khas ‘one off’ sebanyak RM200 juta yang telah di bayar cara terus oleh kerajaan Pakatan Harapan di bawah Tun Dr Mahathir Mohamad.

“Terengganu juga mempunyai Tabung Warisan Negeri dari pendapatan minyak yang di tubuhkan sejak tahun 1970’an lagi. Inilah masanya wang tersebut di gunakan untuk membantu rakyat,” kata Raja Bahrin dalam kenyataannya.

Menurut beliau, Terengganu juga mempunyai pendapatan kutipan zakat yang di antara tertinggi dan sepatutnya diagihkan kepada mereka mereka yang amat memerlukan.

“Rakyat Terengganu yang terdiri kebanyakkannya dari nelayan, petani dan peniaga kecil amat mengharapkan bantuan dari kerajaan Negeri dari sumber kekayaan minyak kerana kerajaan pusat hanya boleh menghulur RM9. 3 juta sahaja waktu krisis Covid ini.

“Hanya 15 % ekonomi Terengganu bergantung kepada sektor swasta sementara 85 % bergantung kepada perbelanjaan kerajaan atau GLC Kerajaan,” katanya.

Bagi beliau, segala bangunan gah Taman Tamadun, Marina Monsoon Cup dan Jambatan Gantung Terengganu yang baru tidak boleh mengisi perut rakyat yang kosong.

“Sejak kerajaan Pakatan Harapan yang lepas, bayaran royalti dan anugerah one-off telah pun di beri secara terus kepada Terengganu.

“Sekarang Kerajaan Negeri dan Kerajaan Pusat berada di dalam Perikatan Nasional yang sama di bawah gagasan kerajaan membela Islam dan Melayu,” katanya.

Terengganu merupakan negeri majoriti besar 95 % Islam dan Melayu dan negeri inilah sepatutnya di beri pembelaan utama oleh PAS, UMNO dan BERSATU yang memperjuangkan Islam-Melayu.

“Dengan tidak adanya parti bukan Islam-Melayu yang signifikan untuk “menggangu” pentadbiran pusat dan negeri, tidak ada alasannya rakyat tidak bolih di bela sepenuhnya,” katanya.

Bagi beliau, inilah peluang Perdana Menteri Malaysia dan Menteri Besar Terengganu menunjukkan kesungguhan dan kepimpinan untuk mebela rakyat Terengganu yang dominannya adalah Islam dan Melayu.

Rakyat negeri kaya minyak Terengganu dahagakan pembelaan bermakna dari kekayaan Negara dari kerajaan Islam- Melayu di bawah Perikatan Nasional, katanya.

Bagi beliau, rakyat Terengganu telah bosan hanya menjadi pemerhati kekayaan negeri sendiri dan sampailah masanya mereka menikmati sedikit pembelaan bermakna dari kekayaan bumi sendiri untuk mengisi perut di waktu krisis ekonomi.

“Kalau Kerajaan Serawak bolih memberi peruntukkan bantu rakyat yang lumayan semasa krisis ini, kenapa tidak Terengganu?

“Inilah waktunya kewajipan yang begitu mendesak perlu di laksanakan untuk rakyat termiskin di negeri Terengganu, yang di gelar Kuwait Malaysia, olih Kerajaan yang menggelar dirinya Kerajaan Islam- Melayu,” katanya.