Malaysia Dateline

Sarawak hantar 178 atlet pada para SUKMA 2018

Sarawak akan menghantar 178 atlet menyertai Sukan Para Sukma yang ke-19 di Perak pada 21 hingga 28 November ini kata Menteri Kebajikan, Kesejahteraan Komuniti, Wanita, Keluarga, dan Pembangunan Kanak-Kanak negeri, Datuk Seri Fatimah Abdullah.

Katanya, Negeri itu menyasarkan memungut 77 pingat emas pada temasya itu, sekaligus mengekalkan kejuaraan dan muncul juara buat kali ke-13 pada kejohanan dwi-tahunan itu.

Sarawak akan menyertai sembilan jenis sukan iaitu, renang, olahraga, tenpin boling, powerlifting, badminton, pingpong, catur, boccia dan memanah.

“Kebiasaannya, sukan Para Sukma ini diadakan seminggu selepas Sukma (Sukan Malaysia), tetapi kali  ini yang diadakan lewat memberikan peluang kepada para atlet berlatih lebih lama lagi, katanya pada majlis penyerahan bendera kontinjen Sarawak di sini hari ini.

Fatimah berkata, seramai 81 pengiring yang terdiri daripada pegawai sukan negeri dan pegawai kesihatan akan  mengikuti kontinjen ini nanti.

Kali terakhir Sarawak muncul juara adalah pada 2016 pada Para Sukma ketika menjadi tuan rumah.

— BERNAMA