Malaysia Dateline

Conventional economic theory tells us that as our currency gets depreciated, our goods become cheaper and consequently the demand for them increases.

Sarawak kaji cadangan buka sektor ekonomi

Sarawak kini mengkaji dan menimbang dengan teliti keputusan yang akan diambil bagi membuka aktiviti ekonomi secara terkawal di negeri ini.

Menurut Pengurusan Jawatankuasa Bencana Negeri (JPBN) Sarawak dalam satu kenyataan,
Kerajaan Sarawak menghormati keputusan yang telah dikeluarkan oleh Perdana Menteri yang membuka aktiviti ekonomi secara terkawal pada 4 Mei ini.

“Bagaimanapun kita sedang mengkaji dan menimbang dengan teliti mengenai cadangan tersebut,” kata kenyataan itu di Kuching hari ini.

Kenyataan tersebut menegaskan, Kerajaan Sarawak akan menentukan Prosedur Operasi Standard (SOP) mengikut kesesuaian keadaan di negeri ini berikutan perlu mengambil kira isu ekonomi dan kesihatan.

Sebelum ini, Timbalan Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Datuk Amar Dr. James Jemut Masing menegur tindakan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang membenarkan sebahagian besar sektor ekonomi di negara ini untuk beroperasi tanpa sekatan serta menganggap ia adalah satu kesilapan yang besar.

Masing berkata, kerajaan sepatutnya lebih berwaspada dengan langkah berkenaan dan ia sepatutnya dibenarkan secara berperingkat sehingga vaksin Covid-19 dihasilkan.

Justeru, katanya tiada gunanya untuk ekonomi beroperasi tanpa sekatan dan pulih sepenuhnya sekiranya orang ramai jatuh sakit disebabkan oleh wabak ini.