Malaysia Dateline

  • Berita
  • Negeri
  • Rencana
  • Kolumnis
  • Antarabangsa
  • Pencerahan
  • DatelineTV
  • Sumbangan
  • Hubungi Kami
Malaysia Dateline
Sarawak kuat kuasa kuarantin 14 hari untuk pelancong dari Singapura

Sarawak kuat kuasa kuarantin 14 hari untuk pelancong dari Singapura

BernamaFebruary 11, 2020 7:09 am




Sesiapa yang tiba dari Singapura ke Sarawak akan dikehendaki menjalani kuarantin sendiri selama 14 hari, kata Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Datuk Amar Douglas Uggah Embas.

Beliau berkata keputusan tersebut dibuat berdasarkan perkembangan di Singapura yang menyaksikan Kedudukan Sistem Tindak Balas Perebakan Penyakit (DORSCON) republik itu telah mengeluarkan amaran tahap Jingga berhubung penularan jangkitan novel koronavirus 2019 (2019-nCoV).

“Menurut DORSCON, tahap itu (Jingga) adalah adalah amaran kedua tertinggi, yang menunjukkan bahawa penyakit tersebut adalah teruk dan mudah merebak daripada orang-ke-orang namun ia tidak merebak secara meluas di Singapura dan sedang dibendung,” katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan selepas mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa itu hari ini.

Uggah, yang juga Timbalan Ketua Menteri, berkata kejadian kluster 2019-nCoV di Singapura yang berlaku di sebuah gereja, kedai produk kesihatan dan hotel selepas satu persidangan antarabangsa, amat merisaukan Sarawak.

“Mangsa meliputi mereka yang pergi ke gereja hinggalah pemandu teksi, pemandu kereta sewa persendirian, pemandu pelancong dan seorang guru. Mereka tidak pergi ke China namun terjejas di semua lokasi ini,” katanya.

Uggah berkata jawatankuasa itu akan melibatkan pelbagai badan yang mewakili gereja, kuil, masjid, Unit Agama-Agama lain, persatuan teksi, persatuan pengusaha hotel, persatuan bas jarak jauh dan lain-lain untuk mendapatkan sokongan mereka dalam usaha memerangi jangkitan itu, terutama dalam mencegah penularannya.

Mengulas perkembangan terkini penyakit itu di Sarawak, beliau berkata antara 10 Jan hingga semalam, terdapat sejumlah 60 kes Pesakit Dalam Siasatan (PUI).

“Kami mempunyai 43 kes negatif dan 17 lagi sedang menunggu ujian makmal manakala 15 daripada 43 kes ini membabitkan rakyat Malaysia yang dicatat di Hospital Umum Sarawak, lapan di Hospital Sibu, tujuh di Miri dan empat di Bintulu,” katanya.

— BERNAMA

 

malaysiadateline.com adalah portal berita percuma yang menyajikan naratif luhur untuk pembaca budiman.

Sumbangan anda adalah penting untuk kelangsungan portal ini. Sila klik butang ‘support us’ dan sumbangan anda adalah sangat dihargai.

 





widget-image
widget-image

Popular

Darurat untuk selamatkan kerajaan yang sudah jatuh?

Ketika berebut makanan, mereka minta kotak untuk alas tidur

Selepas tindakan Nazri, kini terserah kepada Agong untuk tukar PM, kata peguam

Perintah darurat Muhyiddin kerana politik bukan tangani COVID-19, kata Najib

Negara lain juga darurat, tapi tak gantung fungsi Parlimen

Terkini

RM35 juta mungkin dah boleh buat lebih 6 buah masjid, kata DAP

Pelakon watak Atan & Atok uzur tidak mampu makan dan minum

Hotel Royale Chulan dijual lebih rendah

Harimau menangis: Interaksi alam dan ancaman kepupusan

Ahli politik sebenarnya tidak peduli apa pengundi mahu?

Malaysia Dateline
Terima Kasih kerana mengunjungi kami.
SEARCH SOMETHING
© 2017 Malaysia Dateline. All rights reserved. Designed by Media Oren Production