
Sarawak naib juara National Junior Taekwondo Championship 2019
Sarawak muncul naib juara keseluruhan 10th TM WTF-NSC-MILO National Junior Taekwando Championship 2019 selepas berjaya mengutip sebanyak enam emas, sembilan perak dan 21 gangsa.
Koryo TKD Club pula dinobatkan sebagai johan dengan meraih 17 emas, 12 perak dan 16 gangsa.
Sebanyak 28 penyertaan dari setiap negeri dan kelab terkemuka seluruh Malaysia berkampung selama tiga hari di SALCRA Bajo Training Centre Lundu bermula sejak 18 Oktober lalu dan berakhir pada Ahad.
Pengerusi Persatuan Taekwondo Malaysia Azizul Annuar Adenan Satem dalam ucapannya mengucapkan terimakasih atas kerjasama semua pihak terutamanya Persatuan Tekwondo Malaysia dan Sarawak yang berjaya merealisasikan kejohanan tersebut.
‘Terima kasih kepada para peserta dan Ibu bapa yang datang dari jauh untuk menyertai pertandingan ini. Ambil peluang untuk bertandang ke Taman Negara Lundu yang tidak jauh dari Pekan Lundu dan pantainya yang cantik tidak jauh dari SALCRA Bajo Training Centre Lundu. ‘
‘ Jika di Sabah, Kudat merupakan ‘Tip Of Borneo’ di Sarawak Telok Melano yang terdapat diTanjong Datu dikenali sebagai ‘The Beginning of Borneo’. Selepas pertandingan ini jemput datang lagi untuk menikmati alam semulajadi dan pantai yang paling cantik di Sarawak. ‘ katanya.
Majlis turut dihadiri oleh Naib Presiden Tekwondo Malaysia, Grandmaster Kriashmuthy. Master Dhanraj Rassiah, National Technical Chairman Tekwando Malaysia dan Grandmaster Tan Check Joon dari Persatuan Tekwondo Negeri Sarawak.
Attachments area