Malaysia Dateline

Sarawak pecah rekod catat 960 kes

Sarawak merekodkan kes tertinggi Covid-19 di Malaysia apabila merekodkan 960 kes baharu, menjadikan jumlah keseluruhan meningkat kepada 22,920 kes di negeri ini.

Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata, kes-kes tersebut dicatatkan di Daerah Kuching (370), Bintulu (175), Mukah (103), Sibu (100), Miri (83), Kapit (24), Belaga (20), Bukit Mabong (13), Serian (9), Selangau (7), Kanowit (6), Sebauh (5), Subis (5), Tatau (5), Marudi (5), Kabong (4), Sri Aman (4), Song (3), Lubok Antu (3), Betong (3), Samarahan (3), Matu (3), Daro (2), Bau (2), Beluru (1), Sarikei (1) dan Tanjung Manis (1).

Katanya, daripada jumlah tersebut, 896 kes atau 93% adalah yang sudah berada di dalam kuarantin dengan Daerah Kuching melaporkan 370 kes yang mana 313 kes (33%) adalah dari Pusat Latihan Polis (PULAPOL).

“Bagi Daerah Mukah pula sebanyak 103 kes atau 99 kes (10%) adalah dari Politeknik Mukah (Kluster Jalan Bambangan, Mukah).

“Daripada 960 kes baharu yang dilaporkan, seramai 60 orang telah menunjukkan tanda-tanda dan mengalami gejala jangkitan semasa saringan dijalankan.

“Manakala 452 kes lagi merupakan saringan individu yang mempunyai kontak kepada kes positif (20 orang bergejala), 440 kes daripada saringan individu dalam kluster aktif sedia ada (seorang bergejala), 39 kes melalui saringan individu bergejala di fasiliti kesihatan, 25 kes melibatkan saringan di fasiliti kesihatan (kes tidak bergejala), tiga kes menerusi individu yang balik dari luar negara (Import A) iaitu dari negara Indonesia dan satu (1) kes melibatkan individu yang balik dari negeri-negeri lain di dalam Malaysia (Import B) (kes tidak bergejala.

Beliau brrkata demikian ketika dalam sidang media di Kuching hari ini.

Uggah turut memaklumkan terdapat 381 kes baharu yang telah pulih dan dibenarkan discaj iaitu 110 PKRC di bawah Hospital Bintulu (110), PKRC di bawah Hospital Sibu (96), PKRC Mukah (49), Hospital Umum Sarawak (32), Hospital Sarikei (32), PKRC di bawah Hospital Miri (30), PKRC Kapit (8), PKRC Serian (8), Hospital Sri Aman (7), PKRC Betong (6), Hospital Limbang (2) dan PKRC Lawas (1).

Tegas beliau, ini menjadikan jumlah keseluruhan kes positif yang telah pulih atau dibenarkan discaj setakat hari ini adalah seramai 17,667 orang atau 77.08% daripada jumlah keseluruhan kes di Sarawak.

“Jumlah kes aktif yang masih mendapat rawatan dan diasingkan di PKRC dan wad hospital mengikut hospital rujukan adalah seramai 5,050 orang.

“Manakala, 960 PUI baharu telah dilaporkan dan tiada PUI yang menunggu keputusan ujian makmal,” jelasnya lagi.